window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan gudang sulung Kumpulan MKA meriah, peminat RCB, UMA, KYT, dll tak lepas peluang, 'harga runtuh'!

Khairil ยท Aug 1, 2022 04:30 PM

Jualan gudang sulung Kumpulan MKA meriah, peminat RCB, UMA, KYT, dll tak lepas peluang, 'harga runtuh'! 01

Sebagai salah satu cara untuk menghargai para pelanggannya, Kumpulan MKA yang juga penaung kepada jenama popular antaranya RCB, UMA, KYT, Yukazan, Soumy, ARC mengadakan jualan gudang buat julung kalinya minggu lalu.

Dilangsungkan selama empat hari bermula 28 Julai lalu, lebih daripada 10,000 kehadiran pengunjung dicatatkan dalam jualan yang disifatkan sebagai potongan 'harga runtuh' ibu pejabat syarikat itu di Puchong.

Jualan gudang sulung Kumpulan MKA meriah, peminat RCB, UMA, KYT, dll tak lepas peluang, 'harga runtuh'! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain RCB, UMA, KYT, Yukazan, Soumy dan ARC, Kumpulan MKA Group turut menjadi pengedar eksklusif kepada beberapa lagi jenama Galfer, Solfili, CZchain selain produk yang tidak membabitkan automotif.

Ketika hari pertama jualan gudang berkenaan, ia turut dimeriahkan dengan pelumba handalan negara antaranya Kasma Daniel Kasmayuddin, Syarifuddin Azman @ Damok, Hakim Danish, Danial Syahmi dan bos ZK Racing yang juga bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairudin.

Juga baca: RCB terus jalin kerjasama dengan Hafizh Syahrin, MIE Racing Honda

Jualan gudang sulung Kumpulan MKA meriah, peminat RCB, UMA, KYT, dll tak lepas peluang, 'harga runtuh'! 01

Begitupun, duta terulung jenama itu, Hafizh Syahrin Abdullah yang juga bekas pelumba MotoGP negara tidak dapat hadir kerana berada di Republik Czech untuk saingan Pusingan 6 Kejuaraan Superbike Dunia di Litar Autodrom Most. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan MKA, Bruce Lee dalam satu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggannya yang mengunjungi program jualan itu.

Jualan gudang sulung Kumpulan MKA meriah, peminat RCB, UMA, KYT, dll tak lepas peluang, 'harga runtuh'! 02

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan MKA, Bruce Lee

"Bagi pihak Kumpulan MKA, saya ingin merasakan rasa penghargaan kepada semua para pelanggan yang menggunakan produk kami, yang meliputi pasukan-pasukan utama MotoGP, Moto2, Moto3, WorldSBK dan Asia Road Racing Championship di samping yang bersaing di kejuaraan-kejuaraan tempatan khususnya Petronas Malaysian Cub Prix Championship dan Malaysian
Superbike Championship."

Jualan gudang sulung Kumpulan MKA meriah, peminat RCB, UMA, KYT, dll tak lepas peluang, 'harga runtuh'! 03

Sepanjang 4 hari jualan berlangsung, lebih daripada 300 barangan dijual dengan harga promosi serta diskaun sehingga 80 peratus. 

Turut dikenali sebagai Meng Kah Auto Parts Trading Sdn Bhd, Kumpulan MKA adalah peneraju dalam industri barangan ‘after market’ bagi jentera dua roda di Malaysia dan kini terkenal di dunia dengan pelbagai jenama-jenama terulung antarabangsa bernaung di bawah Kumpulan berkenaan.

Juga baca: WithU Yamaha RNF MotoGP dapat 'tonik', 2 syarikat Malaysia RCB, Telcowin jalin kerjasama!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda