window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kanak-kanak main dalam cab terbuka Mitsubishi Triton tengah hujan, mana mak bapaknya?

Mersita · Dec 13, 2021 07:00 PM

Kanak-kanak main dalam cab terbuka Mitsubishi Triton tengah hujan, mana mak bapaknya? 01

Kanak-kanak yang gemar menjenguk keluar dari sunroof kereta itu perkara biasa, namun lebih bahaya jika mereka dibiarkan duduk atau berdiri di dalam cab terbuka di belakang trak pikap. Bila-bila boleh jatuh terutama sekali ketika kenderaan itu bergerak.

Inilah yang terjadi dalam satu kejadian dirakam oleh pengguna jalan raya di ibu kota baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak lelaki dilihat dibiarkan berseorangan di dalam cab terbuka sebuah Mitsubishi Triton. Kanak-kanak itu juga dilihat bermain dan melompat-lompat di belakang trak pikap berkenaan dalam cuaca hujan renyai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakaman video kejadian itu yang dimuatnaik pada 11 Disember tular di media sosial dan mengundang kerisauan ramai dikalangan warganet. Video yang dimuatnaik di Twitter menerusi akaun @BxllaAnxar itu disertakan dengan kapsyen, “Aku tktau apa dalam fikiran mak pak budak ni. Dah la tengah hujan. Biarnya budak sorang sorang kt belakang kereta terlompat lompat. Kalau jatuh sia sia.”

Ciapan itu menerima 3,396 ciapan semula dan 4,974 tanda suka setakat masa penulisan.

Kanak-kanak main dalam cab terbuka Mitsubishi Triton tengah hujan, mana mak bapaknya? 01

@BxllaAnxar turut mendakwa dalam satu lagi ciapan bahawa dua ke tiga buah kereta juga telah mengehon dan membuka tingkap bagi menegur pemandu trak pikap berkenaan. Namun, ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak berbuat apa-apa.

Kanak-kanak main dalam cab terbuka Mitsubishi Triton tengah hujan, mana mak bapaknya? 02

Komen netizen pada pautan rakaman video. Sumber: Twitter

Rakaman video itu mengundang pelbagai komen serta reaksi dari warganet, dan rata-rata meminta pihak berkuasa mengambil tindakan atas tindakan tidak bertanggungjawab pemandu trak pikap berkenaan. Menurut kes lampau, kejadian sebegini boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda