window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera 'Sportbike' 4 Silinder dari China!

Khairil ยท Dec 15, 2022 12:00 PM

Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera 'Sportbike' 4 Silinder dari China! 01

Kawasaki ZX-25R, jentera 4 Silinder bersesaran 250 cc tak dinafikan berjaya mencetus sensasi dan model yang bakal memasuki pasaran Malaysia dengan nama sedikit berbeza itu bakal menemui 'pencabarnya', tetapi di China.

Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera 'Sportbike' 4 Silinder dari China! 02

Membuat kemunculan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 bulan lalu, 'Sportbike' berkenaan yang dikenali Kove 400RR akhirnya dirasmikan di pasaran kelahirannya, China, baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti namanya, Kove 400RR, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 400 cc, 4 Silinder yang dijangkakan menghasilkan bunyi yang menjadi dambaan ramai peminat motosikal di seluruh dunia.

Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera 'Sportbike' 4 Silinder dari China! 01

Dari sudut rekaan, Kove 400RR sememangnya tampil dengan reka bentuk yang agresif, unik yang mungkin disukai atau dibenci terutama di bahagian depan. Tampil dengan rekaan bersegi ala Kawasaki ZX-10R, Kove 400RR turut dipadankan dengan 'Winglet' besar ala jentera MotoGP. 

Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera 'Sportbike' 4 Silinder dari China! 02

Kepada yang tidak menggemarinya, ia mungkin boleh dimaafkan menerusi spesifikasi di bahagian trenkuasa.

Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera 'Sportbike' 4 Silinder dari China! 03

Secara teknikal, Kove 400RR dipadankan dengan enjin 400 cc, 4 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api Bosch. Kuasa yang dijana enjin yang didakwa dibangunkan Kove sendiri itu dikatakan setinggi 67 Hp pada 13,500 rpm dan tork 36 Nm pada 12,000 rpm. 

Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera 'Sportbike' 4 Silinder dari China! 04

Menariknya, Kove mendakwa 'Sportbike' ini mampu merekodkan kelajuan maksima 220 km/j dan jika benar, ia memang padu.

Seperti yang dipamerkan, antara informasi lain Kove 400RR adalah seperti berat 158 kg, kapasiti tangki bahan api 15 liter, sistem lampu LED penuh dan panel meter jenis digital TFT dengan ciri sambungan ke telefon bimbit.

Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera 'Sportbike' 4 Silinder dari China! 05

Suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) di bahagian dengan dengan jarak pergerakan 120 mm dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan cakera berkembar bersaiz 300 mm (depan) dan cakera tunggal 200 mm di belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Kawasaki ZX-25R kurang padu, perkenalkan Kove 400RR jentera 'Sportbike' 4 Silinder dari China! 06

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Kove mahu meluaskan jualan Kove 400RR di luar China tetapi jika ia dipamerkan di EICMA, ia pastinya sesuatu yang boleh dijangka.

Juga baca: CFMoto 450SR ditayang untuk pasaran Malaysia, 50 Hp, brek Brembo, harga RM 29.3k!

Juga baca: QJ Motor SRT800 (2022) rasmi di Malaysia, dua varian, harga bermula RM 39.8k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda