window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelonggaran perbaharui cukai jalan bantu tangani kekangan kewangan akibat COVID-19 - Menteri Pengangkutan

Haris · Sep 4, 2020 04:00 PM

Kelonggaran perbaharui cukai jalan bantu tangani kekangan kewangan akibat COVID-19 - Menteri Pengangkutan 01

Kenderaan persendirian yang Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun boleh membuat pembaharuan cukai jalan tanpa perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), berkuat kuasa hari ini (4 September 2020).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira permintaan pemilik kenderaan yang mahu diberi kelonggaran memandangkan ada yang menghadapi kekangan kewangan untuk pemeriksaan kenderaan di Puspakom dalam situasi pandemik COVID-19.

Kelonggaran perbaharui cukai jalan bantu tangani kekangan kewangan akibat COVID-19 - Menteri Pengangkutan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan rekod, katanya, terdapat lebih 4.27 juta kenderaan yang dikesan telah tamat cukai jalan dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

"Pemilik kenderaan yang cukai jalan atau LKM luput dalam tempoh kurang tiga tahun atau 36 bulan boleh terus buat pembaharuan,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani program kolaborasi strategik antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di sini, hari ini.

Kelonggaran perbaharui cukai jalan bantu tangani kekangan kewangan akibat COVID-19 - Menteri Pengangkutan 01

Sebelum ini, kenderaan persendirian yang tamat LKM dalam tempoh setahun perlu menjalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan dengan kos pemeriksaan ditanggung pemilik kenderaan.

Mengenai tawaran diskaun saman sebanyak 70 peratus sehingga 30 Sept ini, Wee berkata masih ramai rakyat Malaysia didapati suka membuat pembayaran di kaunter.

“Saya galakkan orang ramai bayar secara online kerana mereka juga dapat menikmati diskaun saman sebanyak 70 peratus jika bayar secara dalam talian,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda