window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat

Faisal ยท Jan 4, 2021 04:00 PM

Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat 01

Imej: liputan6

Sejak kebelakangan ini, negara kita digemparkan dengan cuaca hujan yang tidak henti-henti. Walaupun dianggap sebagai rahmat dari Tuhan, ia boleh mengakibatkan banjir sekiranya sistem saluran air tidak begitu cekap di kawasan tersebut.

Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat 02

Imej: murai.my

Walau apapun, kita sebagai pengguna awam haruslah berwaspada dan bersiap sedia dalam menangani masalah banjir terutama apabila melibatkan harta benda yang kita sayang. Antaranya seperti kereta.

Sesiapa sahaja mesti akan panik apabila mengetahui bahawa keretanya sedang ditenggelami air. Walaupun kereta dalam keadaan sebegitu, ia tetap boleh diselamatkan sekiranya anda mengikuti 5 langkah yang mudah dari kami.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Jangan panik

Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat 01

Imej : EastCoast

Sebaliknya, anda boleh mencari alternatif untuk mengelakkan banjir. Kalau air tidak begitu deras, anda boleh gunakan gear rendah dan pandu sekitar 20 km/j. Bagi mengekalkan momentum, anda digalakkan untuk sentiasa menekan pedal minyak. Untuk lebih memudahkan, periksa laluan menggunakan aplikasi Waze dimana ia memberitahu secara langsung sekiranya terdapat laluan yang tidak banjir. Dengan itu, anda boleh mengelak daripada terperangkap di dalam banjir.

2. Matikan enjin

Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat 02

Imej: liveabout

Sebelum air naik lebih tinggi sewaktu anda terperangkap di jalan raya, matikan enjin terlebih dahulu. Jika boleh, tutupkan lubang ekzos kereta anda dengan sesuatu yang kalis air ataupun padat seperti plastik dan ikatkan ia dengan ekzos supaya ia tidak tercabut.

3. Cabutkan sambungan terminal bateri

Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat 03

Imej: Torque

Kereta anda berkemungkinan berada lama di lokasi kejadian banjir. Sebaiknya, anda putuskan dahulu sambungan elektrik supaya komponen elektronik kereta anda tidak rosak ataupun berlaku litar pintas.

4. Selamatkan barangan yang berharga

Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat 04

Imej: laredopd

Selagi boleh, selamatkan barang hak milik anda supaya ia tidak turut terjejas oleh air banjir.

5. Jangan hidupkan enjin sekiranya kereta ditelenggami banjir

Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat 05

Enjin tidak boleh berfungsi dengan air. Dengan itu, anda dinasihatkan untuk tidak menghidupkannya ketika ia sudah tenggelam. Setelah banjir surut, anda boleh hubungi trak tunda untuk membawa kereta anda ke bengkel bagi kerja-kerja pemulihan.

Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat 06

Imej : BuletinOnline

Kami berharap supaya anda tidak terlalu panik ketika mengalami situasi banjir. Apa yang penting ialah kebolehan anda dalam menguruskan situasi ketika itu supaya perkara tidak menjadi lebih melarat. Selamat beramal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda