window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

La Nina, hujan lebat bawa risiko banjir bermula Oktober depan - selamatkan kenderaan anda!

Mersita · Sep 20, 2022 05:00 PM

La Nina, hujan lebat bawa risiko banjir bermula Oktober depan - selamatkan kenderaan anda! 01

Isu banjir bukanlah satu perkara asing bagi rakyat Malaysia di mana-mana negeri. Namun, apabila banjir teruk melanda kawasan yang tidak dijangka seperti di Shah Alam dan beberapa kawasan lain di Greater Kuala Lumpur pada hujung tahun lalu, warga ibu kota kini lebih berjaga-jaga terutamanya apabila monsun timur laut menjelang tiba.

Pengerusi jawatankuasa alam sekitar Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar berkata, semua pihak termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, parti-parti politik, pertubuhan masyarakat sivil, pengusaha, dan masyarakat secara keseluruhannya perlu bersiap-siaga untuk menghadapi air tinggi pada bulan-bulan mendatang (Oktober 2022 hingga Mac 2023).

La Nina, hujan lebat bawa risiko banjir bermula Oktober depan - selamatkan kenderaan anda! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Amaran dan peringatan ini sejajar dengan pengumuman Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini berkaitan ramalan purata air hujan sekitar 100 mm hingga 900 mm pada November kelak yang membawa risiko banjir. Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran tentang fenomena La Nina yang dijangka bakal melanda kebanyakan negeri di sekitar Semenanjung Malaysia kelak.

La Nina, hujan lebat bawa risiko banjir bermula Oktober depan - selamatkan kenderaan anda! 01

Sumber: Bernama

Ketika berlakunya tragedi banjir pada 17 Disember 2021 di Selangor, hujan lebat yang melanda melangkaui 380 mm, sedangkan kadar purata air hujan normal bagi bulan November hanyalah 60 mm dan maksimum 180 mm. Pertembungan air laut pasang tinggi semasa hujan juga menyebabkan air lebihan tidak dapat disalurkan terus ke laut.

"Oleh itu, amat penting untuk kita bersedia dalam menghadapi impak banjir monsun, banjir kilat, angin kencang, hujan lebat, dan lain-lain sepanjang tempoh enam bulan akan datang," kata Dr Mazlin.

20,000 rakyat terjejas, anggaran kerugian sekurang-kurangnya RM 20 bilion

La Nina, hujan lebat bawa risiko banjir bermula Oktober depan - selamatkan kenderaan anda! 02

Tragedi banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia tahun lalu mengakibatkan banyak kerosakan dan malangnya, kehilangan nyawa. Tular foto-foto serta video menunjukkan kerosakan harta benda termasuklah kenderaan penduduk yang terjejas.

Sebagai respon kepada amaran banjir yang diberi, sebaiknya kita ambillah iktibar serta pengajaran dari tragedi tahun lalu. Oleh itu, ini antara perkara yang perlu kita lakukan ketika berdepan dengan ancaman banjir:

  • Tambah perlindungan 'special perils' bagi polisi insurans kenderaan anda. Banyak kenderaan tidak mampu dibaiki setelah rosak ditenggelami banjir tahun lalu kerana kos pembaikannya terlalu tinggi selain kekurangan bekalan alat ganti.
  • Sediakan kit-kit keselamatan di rumah dan dalam kenderaan masing-masing. Sediakan satu beg kalis air untuk menyimpan barangan seperti makanan kering, wisel, lampu suluh, 'powerbank', kabel gajet, kit perubatan, dan lain-lain.
  • Sediakan sarung penutup sesuai yang boleh digunakan untuk membungkus kenderaan bagi mengelakkan air berlebihan masuk ke dalam komponen penting.
  • Cabut bateri kereta.

Juga baca: Masih ramai pemilik kereta tak beli insuran banjir, adakah harga insurans 'special perils' mahal?

La Nina, hujan lebat bawa risiko banjir bermula Oktober depan - selamatkan kenderaan anda! 03

Sumber: Bernama

Sekiranya air sudah masuk dan menenggelami kenderaan anda, ingat tips ini:

  • Jangan sesekali cuba untuk hidupkan kenderaan anda bagi mengelakkan litar pintas dan memburukkan lagi kerosakan.
  • Dapatkan khidmat penunda (towing) untuk membawa kenderaan ke bengkel dan serahkan saja kepada yang pakar untuk tindakan selanjutnya.

La Nina, hujan lebat bawa risiko banjir bermula Oktober depan - selamatkan kenderaan anda! 04

Foto: Hafizul Hanif

Sekiranya anda terpaksa memandu menempuh banjir, kekalkan kelajuan pada bawah 20 km/j dan matikan penghawa dingin. Pandu pada kelajuan sekata dan elakkan daripada berhenti-henti bagi mengekalkan momentum ombak tayar yang menolak air keluar dari bahagian bawah kenderaan. Kekalkan jarak yang cukup jauh dari kenderaan di hadapan supaya anda tidak perlu brek terlalu kerap dan dapat mengagak kedalaman air di hadapan.

La Nina, hujan lebat bawa risiko banjir bermula Oktober depan - selamatkan kenderaan anda! 05

Juga baca: Kereta terperangkap dalam banjir? Ini 5 perkara yang wajib anda buat

Jika berdepan dengan laluan yang ditenggelami air, berhentikan kenderaan di tempat yang selamat dan kaji keadaan sekeliling. Jika anda terlihat walau arus kecil pada air banjir, terutama sekali di kawasan luar bandar, elakkan daripada menempuhnya sama sekali. Cari jalan penyelesaian untuk membawa kenderaan ke tempat lebih tinggi dan selamat. Yang penting, tolong-menolonglah antara satu sama lain dan berganding bahu bersama pemandu-pemandu lain.

Juga baca: Perodua Ativa baru rosak banjir, waranti tak ‘cover’? Fahami fungsi waranti, bukan untuk kecuaian pemilik

Cara selamat redah banjir dan cara periksa enjin masuk air

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir!

5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meluncur 900mm!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda