window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9!

Faisal · Jan 6, 2023 03:00 PM

Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9! 01

Sebelum ini, kami pernah melaporkan mengenai pendedahan SUV mercu Chery iaitu Chery Tiggo 9. Kini, beberapa informasi rasmi telah berjaya dikorek oleh Carnewschina. Antaranya, Tiggo 9 akan hadir dengan konfigurasi tempat duduk 2+3+2.

Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9! 02

Secara am pula, Tiggo 9 akan menggunakan platform M3X iaitu asas baru yang akan mula diguna oleh Chery. Untuk makluman anda, huruf ‘M’ bermaksud Mars dan ia mewakili explorasi yang berterusan. Nombor ‘3’ pula mewakili 3 kekuatan platform baharu ini iaitu kepintaran, berkuasa dan fleksibel. Huruf ‘X’ pula mewakili inovasi Chery tanpa had.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9! 01

Dari segi teknikal, platform ini boleh dipadankan dengan trenkuasa konvensional, hibrid plug-in dan EV yang mempunyai enjin (Range Extended Electric Vehicle). Menariknya, saiz Chery Tiggo 9 sebenarnya lebih besar daripada Hyundai Palisade.

Pada bahagian luar, logo Chery pada waktu malam dilaporkan boleh menyala.

Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9! 02

Masuk ke dalam pula, antara ciri yang dapat disahkan adalah bumbung suria panoramik, dua tempat pengecas nirwayar dan tombol gear yang seakan tiada.

Untuk penumpang belakang pula, terdapat ciri pemanas tempat duduk dan tirai cahaya matahari.

Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9! 03

Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9! 04

Setakat ini, kita sudah tahu bahawa Chery Tiggo 9 akan menggunakan enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 257 PS dan 400 Nm tork. Kuasa dihantar ke semua roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Lagi maklumat berkenaan Chery Tiggo 9 didedah, boleh saing Hyundai Palisade dan Mazda CX-9! 05

Jadi, dengan pendedahan yang sudah diketahui setakat ini, Chery Tiggo 9 dilihat boleh bersaiz dengan SUV mercu dari jenama Asia yang lain. Untuk itu, teruskan ikuti perkembangan dari kami.

Juga bacaChery dedah Tiggo 9 - SUV mercu yang iras Audi Q8, kabin ala Mercedes GLE. Harga Honda HR-V?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda