Lambang ‘H’ gaya ‘hypebeast’ dengan koleksi Honda x PMC, dapatkan baucar RM20!

Mersita · Mar 18, 2021 10:00 AM

Lambang ‘H’ gaya ‘hypebeast’ dengan koleksi Honda x PMC, dapatkan baucar RM20! 01

Sempena Kempen 1 Million Dreams anjuran Honda Malaysia yang sedang berlangsung, satu koleksi istimewa kempen ini dipanggil The One Million Dreams Collection akan dilancarkan secara rasmi pada 1 April 2021 di Honda Malaysia Official Store – eksklusif di Shopee!

Lambang ‘H’ gaya ‘hypebeast’ dengan koleksi Honda x PMC, dapatkan baucar RM20! 02

The One Million Dreams Collection direka khas dalam jumlah yang terhad dan koleksi ini terdiri daripada topi, beg sandang, kemeja polo, kemeja lengan panjang dan pendek, serta jaket 'racing’ dengan rekaan bertemakan Honda yang cukup menarik dan bergaya.

Baca juga: Honda nak bagi 7 model 1 Million Edition secara percuma! Apa syaratnya?

Lambang ‘H’ gaya ‘hypebeast’ dengan koleksi Honda x PMC, dapatkan baucar RM20! 01

Koleksi istimewa ini adalah hasil kolaborasi Honda Malaysia bersama jenama ‘streetwear’ tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC), yang sememangnya terkenal dengan penghasilan koleksi fesyen ‘streetwear’ yang ranggi dan digilai ramai.

Sebelum pelancaran koleksi ini berlangsung, Honda Malaysia sedang menawarkan ganjaran istimewa untuk pelanggan dengan ‘Limited Early Bird Pre-launch Vouchers’ (baucar terhad) bernilai RM 20 yang bersamaan dengan 2,000 Shopee coins.

Anda boleh dapatkan pautan untuk pendaftaran baucar ini di laman Facebook rasmi Honda Malaysia bermula dari 17 Mac - 28 Mac 2021. Satu kod baucar unik akan dihantar kepada anda pada 31 Mac 2021 dan 100 pelanggan pertama yang berjaya menggunakan baucar tersebut (antara 1 – 7 April 2021) untuk pembelian Honda Official Merchandise Special Edition di Shopee akan menikmati penjimatan yang ditawarkan.

Pakej bundle pada harga istimewa juga ditawarkan bagi pelanggan yang membeli Honda Official Merchandise Special Edition dan ‘TEI’ Series Merchandise terpilih dari platform Honda Malaysia Official Store di Shopee.

Dah tak sabar? Daftar untuk dapatkan baucar anda terlebih dahulu di laman Facebook Honda Malaysia dan nantikan kemunculan rasmi koleksi bergaya lambang ‘H’ dengan sentuhan ‘hypebeast’ PMC di Shopee dan Facebook Honda Malaysia rasmi bermula 1 April nanti!

Lambang ‘H’ gaya ‘hypebeast’ dengan koleksi Honda x PMC, dapatkan baucar RM20! 02

Bagi sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi Honda Malaysia di talian 1-800-88-2020 atau lawati laman sesawang rasmi Honda Malaysia di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru