window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rakaman Geng Honda Civic kurang ajar tular, himpit kereta lain untuk potong treler

Mersita ยท Aug 30, 2021 06:30 PM

Rakaman Geng Honda Civic kurang ajar tular, himpit kereta lain untuk potong treler 01

Satu rakaman dashcam lama kali ini tular di media sosial dan mendapat pelbagai kritikan umum atas tindakan berbahaya satu kumpulan konvoi Honda Civic yang memotong treler sambil menghimpit dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

11 buah Honda Civic dari konvoi terbabit dilihat memotong sebuah lori treler berwarna kuning di sebatang jalan raya sempit secara berbahaya. Dalam usaha mereka untuk mengelak dari terpisah, konvoi berkenaan memotong treler tersebut tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain sehinggakan menghimpit kenderaan dari kedua-dua arah.

Paling jelas terlihat apabila Honda Civic ke-11 yang tercicir di belakang bertindak melulu menghimpit sebuah Honda Jazz di hadapannya serta kenderaan yang merakam kejadian berkenaan dari arah bertentangan semata-mata untuk mengejar barisan Honda yang sudah maju ke hadapan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti biasa, tindakan kurang ajar dan tidak bertanggungjawab ini menerima kecaman hebat dari netizen dan mula tular di media sosial. Ramai yang menuduh ‘bangsa H’ (gelaran bagi pemandu Honda) sebagai golongan pemandu yang sering mementingkan diri sendiri dan merasakan diri mereka lebih hebat berbanding pengguna jalan raya yang lain.

Rakaman Geng Honda Civic kurang ajar tular, himpit kereta lain untuk potong treler 01

Topik popular di media sosial sering mengaitkan beberapa model kereta yang sering dilihat ‘buat hal’ di jalan raya. Selain daripada ‘geng Honda’ dan ‘geng Myvi’, model apakah lagi yang seringkali membuatkan pemandunya terasa seperti dikuasai oleh ego dan ‘perasan hebat’ di jalan raya? Jom kongsikan dengan kami di ruangan komen FB WapCar – BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda