window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre

Mersita · May 24, 2022 02:00 PM

Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre 01

PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) telah melancarkan xEV Centre, sebuah fasiliti pembelajaran dan pembangunan untuk usaha elektrifikasi dan kebolehan tenaga hijau bagi menggalakkan lagi penggunaan kenderaan mesra alam di rantau ini.

Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre 02

Pelancaran pusat EV berkenaan adalah sejajar dengan visi kerajaan Indonesia untuk mengurangkan pelepasan karbon sehingga 41 peratus menjelang tahun 2030.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre 01

Berdiri megah di kilang Toyota Indonesia di Krawang, fasiliti ini akan merangkumi semua kenderaan mesra alam. Ini termasuklah Flexi Engine (lebih dikenali sebagai bio-fuel di Malaysia), hybrid (HEV), plug-in hybrid (PHEV), kenderaan elektrik bateri (BEV), dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV).

Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre 02

Dalam proses pencarian nama sesuai untuk pusat EV ini, Toyota Indonesia membuat keputusan untuk menggunakan huruf ‘X’ sebagai simbol penerimaan semua bentuk kereta mesra alam dan juga memberi peluang untuk memasukkan apa-apa saja teknologi elektrifikasi baharu yang akan muncul di masa hadapan.

Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre 03

Buat masa ini, xEV Centre ini baru sahaja dibuka untuk Fasa Satu, manakala Fasa Dua dan Tiga pula dirancang untuk masa hadapan. Fasa Satu pusat ini akan berfokuskan pada pengenalan elektrifikasi dalam format mudah untuk dipelajari.

Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre 04

Ini termasuklah tayangan dan pengalaman pemanduan HEV, PHEV, BEV, badan EV yang dipotong bagi menunjukkan komponen-komponen penting di dalam sebuah EV berserta maklumat bagi setiap fungsi komponen berkenaan. Pusat ini juga mempunyai stesen pengecas di luar bangunan untuk kegunaan orang awam.

Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre 05

Bagi memudahkan lagi orang ramai untuk memahami teknologi hijau, Toyota Indonesia juga telah membahagikan pusat ini kepada empat zon yang akan menunjukkan setiap satu inisiatif alam sekitar secara khusus dengan lebih terperinci.

Maju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre 06

Bagi Fasa Dua, Toyota merancang untuk mengembangkan lagi pusat ini untuk merangkumi kawasan Eco-Renewable Energy and Research dimana fokusnya adalah untuk menunjukkan bagaimana kilang kuasa hidroelektrik, kincir angin, roda air, hidrogen, dan panel solar boleh membantu memelihara alam sekitar.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia