window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului

Zamil Syaheer Β· Jan 25, 2022 08:00 PM

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 01

Sama seperti negara jiran Thailand, jualan kenderaan elektrik (EV) di Indonesia juga kian berkembang. Namun, rasa macam tak kena kalau nak sebut sebagai "pertumbuhan" sahaja, kerana jualan EV di Nusantara meningkat 571.4% pada 2021 berbanding 2020. Ini dah dikira tahap rancak-rancak berdosa!

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 02

Namun begitu, jumlah keseluruhan EV yang dijual di Nusantara tahun lalu masih jauh lebih kecil daripada negara gajah putih. Menurut data yang dikumpul oleh Gaikindo, ihsan rakan sekerja kami di AutoFun ID, 658 unit EV telah dijual di Indonesia pada 2021 berbanding 1,643 unit yang dijual di Thailand.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 01

Apa-apapun, ia merupakan satu lonjakan besar daripada 98 unit yang dijual pada 2020 dan angka jualan Indonesia juga jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia dalam tempoh yang sama (274 EV dijual pada 2021).

Kalau ikut geografi, memang Indonesia mempunyai populasi yang lebih besar daripada Malaysia. Oleh itu, walaupun angka jualan lebih tinggi, pasaran EV Indonesia masih sangat kecil.

Juga baca: Sime Darby Motors mahu tingkatkan jumlah kereta elektrik (EV) Malaysia, kerjasama dengan TNB

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 02

Walaupun MG menguasai pasaran EV di Thailand pada 2021, di Indonesia, Hyundai adalah 'king'

Menduduki carta teratas ialah Hyundai dengan dua daripada tawaran EVnya menjadi EV terlaris Indonesia pada 2021. Sebanyak 360 unit Hyundai Kona Electric dan 228 unit Hyundai Ioniq Electric telah dijual tahun lepas di Nusantara, meningkat daripada 38 unit dan 59 unit, masing-masing pada 2020.

Juga baca: Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV!

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 03

Dalam satu kenyataan, Presiden Pengarah PT Hyundai Motor Indonesia, Sung Jong Ha berkata, ‘Lambang H’ Korea berhasrat untuk membawa lebih banyak EV ke Nusantara termasuk Ioniq 5 yang akan dipasang secara tempatan di negara ini.

Juga baca: Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 04

Menurut data yang diperoleh oleh AutoFun ID, hanya 5 model EV disenaraikan oleh Gaikindo – 3 model lain dalam carta jualan ialah Nissan Leaf, Lexus UX 300e, dan DFSK Gelora E.

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 05

DFSK Gelora E khusus untuk pasaran Malaysia ditunjukkan, dijual di bawah jenama CAM

Walaupun DFSK Gelora E merupakan EV termurah yang dijual di Indonesia, hanya 2 unit telah dijual pada tahun 2021. EV itu ditawarkan di Malaysia di mana ia dijual sebagai CAM EC35. Ia merupakan van elektrik penuh pertama yang dijual di sini dengan harga bermula daripada RM 130,000.

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 06

Kereta polis Tesla Model 3 yang menjadi viral tahun lepas adalah unit peminjam

Selain itu, data jualan Gaikindo tidak termasuk model EV lain yang turut dijual di Nusantara termasuk Porsche Taycan dan Tesla Model S. Porsche dan pengimport Tesla bukan ahli Gaikindo, jadi mungkin jumlah sebenar EV yang dijual tahun lepas mungkin lebih tinggi.

Juga baca: Tesla akan tiba ke Indonesia untuk bincangkan bekalan komponen EV

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 07

Anda boleh sewa ini di Bali atau kereta terbang

Namun, di sebalik usaha kerajaan Indonesia untuk menggalakkan pembelian EV di negara itu, ia masih ketinggalan di Thailand bukan sahaja dari segi kemajuan tetapi juga pilihan.

Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului 08

Walaupun kerajaannya menggalakkan pembuat kereta dan bateri untuk menubuhkan hab di kepulauan itu, realitinya, hanya beberapa orang Indonesia sahaja sanggup membeli EV. Negara tersebut menyasarkan penggunaan 400,000 unit kereta elektrik dan 1.7 juta motosikal elektrik menjelang 2025, tetapi sasaran tersebut masih jauh untuk dicapai jika dibandingkan dengan kemajuan sebenar.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda