window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya

Mersita · Dec 25, 2021 06:00 PM

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 01

  • Hyundai memindahkan ibu pejabat Asia Pasifik ke Jakarta
  • Pada masa sama, Kia Motor Asia Pasific mengukuhkan komitmen pada Malaysia
  • Bagi Kia, Malaysia lebih banyak kelebihan berbanding Thailand

Salah satu manfaat memiliki banyak jenama di bawah naungan sesebuah syarikat ialah kebolehan mengagih-agihkan pelaburan di merata tempat – dan inilah yang dilakukan oleh Hyundai Motor Group (HMG) dengan jenama Kia di Malaysia dan Hyundai di Indonesia.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 02

Hyundai Motor Group (HMG) berpengkalan di Seoul

Pada awal tahun lalu, WapCar.my mendedahkan perkhabaran tentang langkah diambil Hyundai dalam memindahkan ibu pejabat serantau Asia Pasifiknya di Mutiara Damansara – yang juga didiami Hyundai Training Academy (HTA) – ke Jakarta. Operasi peruncitan Hyundai-Sime Darby Motors kekal sama.

Pemindahan ke Indonesia adalah satu langkah perlu kerana Hyundai sedang melabur USD 1.55 bilion (kira-kira RM 6.53 bilion) keatas sebuah kilang baru di kawasan perindustrian Cikarang di Bekasi, Timur Jakarta. Selain itu, USD 1.1 bilion (kira-kira RM 4.65 bilion) kilang bateri kereta elektrik (EV) juga dilaburkan di sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Indonesia semakin ke depan, mula pembinaan kilang bateri EV pertama di Asia Tenggara!

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 01

Hyundai tertarik dengan insentif besar diberi kerajaan Indonesia untuk mempromosikan kenderaan elektrik. Insentif ini juga menarik pelaburan serupa dalam sektor EV, antaranya dari Toyota (USD 2 bilion, atau RM 8.42 bilion) dan juga dari gergasi bateri China, CATL (USD 5 bilion, atau RM 21.06 bilion).

Sekilas pandang, memang nampak macam Malaysia diketepikan oleh Hyundai Motor Group bagi memberi fokus kepada Indonesia. Namun, perlu diingat, Kia juga ada ibu pejabat serantau di Malaysia. Tapi, berbeza dengan Hyundai, Kia tiada rancangan setakat ini untuk memindahkan pasukan serantaunya ke tempat lain.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 02

Pasukan Kia Motors Asia Pacific (kiri) dan pengedar baru, Dinamikjaya Motors (subsidiari Bermaz)

Ibu pejabat Kia Motors Asia Pacific yang kurang terkenal terletak di Naza Towers di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, Platinum Park.

Dari sini, sepasukan kecil terdiri daripada 31 orang pekerja (termasuk warga Malaysia) memantau operasi Kia di 32 negara dalam rantau Asia Pasifik,  termasuklah Australia dan New Zealand, subsidiari dimiliki sepenuhnya oleh Kia Motors Asia Pacific.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 03

Asia Tenggara mempunyai populasi lebih 660 juta dan menjual sekitar 3.5 juta kereta setiap tahun, sebelum COVID-19 melanda.

Ia mempunyai potensi besar untuk berkembang, namun ia juga rantau yang telah ‘dikepung’ oleh Jepun. Toyota kekal raja di sini, terutamanya di Thailand dan Indonesia – dua pasaran kereta terbesar dalam rantau ini.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 04

Di Malaysia pula, pasaran kereta ketiga terbesar di rantau ini, subsidiari kereta kompak Toyota iaitu Daihatsu mengawal Perodua, jenama No.1 paling laris di Malaysia.

Bagi jenama kereta Korea seperti Hyundai dan Kia, cubaan untuk menembusi pasaran rantau ini adalah satu usaha yang sangat mencabar.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 05

Thailand ialah pasaran yang amat susah untuk ditembusi. Lihat logo Kia lama yang digunakan, manakala di Malaysia pula sudah beralih ke logo baru

Setakat ini, satu-satunya negara dimana impak besar berjaya ditinggalkan oleh jenama kereta Korea ialah Vietnam, pasaran kereta keempat terbesar rantau ini, dimana Hyundai sudah mengalahkan Toyota di tangga teratas manakala Kia pula telah menggulingkan Honda dari tangga ketiga.

Oleh itu, bermula tahun ini, Hyundai Motor Group (HMG) melaksanakan pendekatan dua hala bagi fasa seterusnya dalam menembusi pasaran Asia Tenggara.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 06

Menara berasingan untuk Hyundai dan Kia, ditemukan hanya dengan satu lobi – menggambarkan kebebasan dan hala tuju bersama kedua-dua syarikat itu. Menara Kia yang lebih rendah sedikit melambangkan status ‘saudara kecil’nya

Hyundai dan Kia di bawah naungan HMG ditugaskan untuk beberapa pasaran – Hyundai di Indonesia, Kia pula di Malaysia. Di mana pula Thailand dalam aturan ini? Dipendekkan cerita, penerimaan konsumer di Malaysia terhadap jenama Korea lebih tinggi berbanding di Thailand.

Jika merujuk pada produk-produk konsumer, Thailand merupakan koloni Jepun. Toyota Hilux, Hiace, dan Corolla Altis menggerakkan warga Thailand manakala penghawa dingin Mitsubishi menyejukkan pejabat serta rumah mereka, dan kedai runcit Lawson mendominasi pasaran sektor itu.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 07

Pusat pengalaman jenama Toyota, Alive Space, di Icon Siam Mall di Bangkok

Sekurang-kurangnya di Malaysia, kedai Korea seperti CU dan emart24 amat popular di kalangan konsumer.

Walaupun Kia banyak kali tersilap langkah pada masa lalu ketika era Naza, masih ada 200,000 kereta Kia meluncur bangga di jalan raya kita.

Dari segi produk pula, Kia yakin yang kereta generasi terkininya akan berjaya menyaingi Toyota dan Honda, dan Kia dah penat jadi jenama ‘underdog’ di pasaran Malaysia.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 08

Model flagship Kia, K9, malangnya tiada versi pemanduan sebelah kanan

Seorang eksekutif Korea yang pernah ditugaskan untuk memantau operasi jenama Kia di Jerman memberitahu WapCar.my bahawa anggota yang menggerakkan Kia mempunyai kepakaran dalam membina jenama berkelas dunia. Mereka sudah berjaya di Eropah dan Amerika Syarikat – antara pasaran kereta dunia paling kompetitif masa kini.

Sama juga seperti di Rusia, dimana kondisi pemanduan cukup teruk bagi kereta penduduknya.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 09

Lebih ramai warga Rusia mempercayai Kia berbanding Toyota

“Ketika ‘posting’ terakhir saya di Jerman, Kia mempunyai pengaruh besar manakala jenama-jenama Jepun pula kurang popular. Tapi, di sana keadaannya sangat berbeza. Saya amat kesal yang Kia tidak diterima dengan cukup baik di sini, ia sesuatu yang kami perlu perbetulkan,” ujar seorang eksekutif Korea kepada WapCar.my baru-baru ini.

Antara Januari hingga November 2021, Kia menjual 60,976 unit kereta penumpang di Jerman manakala Toyota menjual 65,771 unit (tidak termasuk kenderaan komersial). Honda pula hanya dapat menjual 7,242 unti manakala Nissan 24,343 unit.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 10

German Premium Car of the Year 2022 bukannya sebuah BMW, Mercedes, mahupun Audi – tapi kereta Kia

Di Rusia, Kia berada pada ranking No.2 manakala Toyota berada di tempat No.7. Orang Rusia diketahui dengan tabiat memandunya yang kasar.

“Saya berjanji yang Kia akan dilahirkan semula sebagai pemain baru di Malaysia dan menjadi antara pemain industri terpenting di pasaran otomotif Malaysia,” kata Ted Lee, Presiden dan CEO Kia Motors Asia Pacific.

Memang benar yang Malaysia tidak sebesar Thailand, namun Kia menganggap Malaysia sebagai tapak pelancaran terbaik untuk menembusi pasaran Asia Tenggara dengan lebih mendalam,  rantau yang mempunyai halangan perdagangan yang rumit dan pemasangan tempatan dianggap amat perlu bagi menjanjikan kejayaan komersial.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 11

Pemasangan kenderaan Kia di kilang Thaco, Vietnam

Walaupun Kia sudah menjalankan operasi pemasangan tempatan di Vietnam, kebolehan penjual alat ganti tempatan masih jauh lebih rendah berbanding di Malaysia, dan ini mengundang kos lebih tinggi bagi kereta dihasilkan di Vietnam.

Jika dibandingkan, Kia menyatakan bahawa Malaysia mempunyai rantaian penjual alat ganti otomotif yang cukup matang, dan ini menjadikannya negara kita pilihan yang bagus sebagai hab eksport serantau Kia.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 12

Pemasangan kenderaan Kia akan berjalan di kilang Inokom di Kulim. Fasiliti pembuatan Kia itu akan diuruskan oleh Kia Malaysia, satu usahasama antara Kia Motors dan Bermaz Auto

Joey Hong, pengarah penyelaras jualan di Kia Motors Asia Pacific berkata, “Kami akan cuba cari jalan untuk mengeksport kereta buatan Malaysia ke negara-negara berdekatan dan pendekatan strategik ini membawa kecekapan teras Kia ke dalam Malaysia. Kami dah selalu jalankan strategi ini, dari masa lalu di pasaran global, kami tahu cara untuk melakukannya, dan kami akan buat perkara sama di Malaysia.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 13

Penghasilan Kia Carnival CKD akan bermula pada April 2022

“Kita boleh mulakan dengan Kia Carnival serba baru, sebuah MPV besar yang diperhalusi dan dijadualkan untuk penghasilan pada April tahun depan, diikuti dengan Sorento baru, sebuah SUV bersaiz besar, berteknologi canggih. Kemudiannya kami akan hasilkan Sportage baru, model Kia terlaris di seluruh dunia, dan juga Niro serba baru, sebuah crossover dengan trenkuasa mesra alam, dan ini pastinya ialah HEV, PHEV, dan BEV.”

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 14

Kia Sorento CKD akan diperkenalkan pada separuh kedua 2022

Disamping itu, rangkaian produk Hyundai semakin mengecil dengan ketara di sini, dan juga dijual pada harga lebih tinggi. Cuma Hyundai Santa Fe yang masih dipasang secara domestik.

Hyundai Elantra, Hyundai Sonata, Hyundai Staria, dan Hyundai Palisade semuanya diimport dari Korea, dan disebabkan oleh inflasi harganya, ia dijangka tidak akan meninggalkan sebarang impak besar pada pasaran tempatan.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 15

Hyundai Elantra ialah kereta yang mempunyai binaan padu mengagumkan, tapi harganya terlalu tinggi pada RM 158,888

Barangkali langkah penjajaran semula ini amat diperlukan. Malaysia ialah pasaran yang kecil dan tak masuk akal bagi dua jenama Korea beroperasi di bawah satu syarikat induk sama dan pada masa sama, bersaing antara satu sama lain.

Di negara lain, Hyundai dan Kia kedua-duanya bersaing di padang yang sama – lebih kurang seperti dua beradik dalam keluarga chaebol yang dilaga-lagakan untuk merangkul kawalan dalam perniagaan keluarganya.

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 16

Kia Sportage CKD akan masuk pasaran pada 2023

Kia Malaysia mensasarkan untuk menghasilkan 10,000 unit kereta di kilangnya di Kulim pada 2022, sebelum meningkatkan produksi untuk mencecah 30,000 unit menjelang penghujung tahun 2026, dimana 60 peratus daripadanya akan dieksport keluar.

Baca juga: Harga Kia Carnival 2022 didedah – RM 196k, CBU Korea, 1 varian. Buat apa ambil Alphard?

 

Hyundai pilih Indonesia, tapi Kia mahu Malaysia buat CKD dan bukannya Thailand. Ini sebabnya 17

Kia Niro EV CKD sedang dalam pertimbangan untuk pasaran Malaysia

Angka ini tidaklah keterlaluan dan boleh dicapai, dengan mengambil kira jumlah produksi 10,000 unit setahun – angka yang lebih kurang sama dengan Bermaz dalam jualannya untuk jenama Mazda (termasuk model CBU).

2022 juga akan menyaksikan kemunculan semula Chery dan Haval (Great Wall) di Malaysia. Tema tahun hadapan nampak gayanya tahun kebangkitan semula kuasa Asia dalam pembuatan dan pengeluaran kereta.

Baca juga: Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda