window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengapa 'signal' Proton sebelah kiri tapi 'signal' Perodua sebelah kanan?

Haris · Sep 6, 2021 03:00 PM

Mengapa 'signal' Proton sebelah kiri tapi 'signal' Perodua sebelah kanan? 01

Sebagai seorang rakyat Malaysia, tentunya anda pernah mengalami situasi ini. Sebagai pengguna kereta Jepun, apabila anda terpaksa bertukar kepada model Proton moden, anda dapati bahawa 'signal' yang selalu digunakan telah terbalik. Lebih memeranjatkan, anda tertekan pula tangkai pengelap 'wiper' sebagai gantinya!

Jadi mengapa tangkai lampu isyarat 'signal' pada Proton terbalik? Ramai yang rasa bahawa ini adalah isu eksport tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Di sini kami huraikan.

Proton, pengeluar kereta pemanduan belah kanan (RHD) tapi tangkai isyarat belah kiri?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengapa 'signal' Proton sebelah kiri tapi 'signal' Perodua sebelah kanan? 01

Tangkai isyarat pada Proton X50

Jawapan umum yang diberikan adalah Proton akan mengeksport model keretanya ke pasaran pemanduan belah kiri (LHD), tetapi jawapan ini hanyalah 50% tepat. Malah di pasaran eksport seperti UK yang merupakan negara pemanduan belah kanan, elok sahaja kereta baru (Toyota misalnya) dijual dengan tangkai isyarat dan pengelap terbalik seperti Proton.

Mengapa 'signal' Proton sebelah kiri tapi 'signal' Perodua sebelah kanan? 02

Toyota Corolla pasaran UK. Perhatikan posisi tangkai isyarat

Posisi tangkai isyarat di sebelah kiri merupakan keperluan di Eropah, kerana rantau berkenaan mengikuti standard ISO. Sementara itu, kebanyakan kereta Jepun dibangunkan untuk memenuhi Japan Industry Standerd (JIS). ISO memerlukan tangkai isyarat berada di sebelah kiri, tidak kira sama ada stereng terletak di sebelah kiri atau di sebelah kanan kereta.

Mengapa 'signal' Proton sebelah kiri tapi 'signal' Perodua sebelah kanan? 03

Tangkai isyarat kiri Proton Satria GTI pada pasaran pemanduan belah kiri (LHD). Kredit gambar: Instagram danial._khairi

Sebagai pengeluar berkuantiti rendah, Proton harus memilih satu standard untuk diikuti justeru mereka memilih ISO.

Langkah ini bermula dengan Proton Waja (dijual di UK sebagai Proton Impian) pada tahun 2001. Setiap Proton baru yang dikeluarkan sejak itu (kecuali Proton Perdana, Proton Inspira, dan Proton Ertiga yang berasaskan kereta Jepun) menawarkan tangkai isyarat terbalik. Model yang berasal dari Geely seperti Proton X50 dan Proton X70 juga dilihat meneruskan trend itu.

Mengapa Proton tidak kekal dengan tangkai isyarat 'signal' kanan?

Mengapa 'signal' Proton sebelah kiri tapi 'signal' Perodua sebelah kanan? 04

Tangkai isyarat Proton Wira di sebelah kanan

Ketika Proton pertama kali mengorak langkah, rakan teknikal terawal mereka adalah Mitsubishi.

Jepun menggunakan Japanese Industrial Standards (JIS) sebagai panduan. JIS menetapkan bahawa kedudukan tangkai isyarat 'signal' harus berada di sebelah kanan, sementara tangkai pengelap 'wiper' mesti berada di sebelah kiri.

Mengapa 'signal' Proton sebelah kiri tapi 'signal' Perodua sebelah kanan? 05

Toyota Camry pasaran Jepun

Inilah sebabnya mengapa kereta domestik Jepun mempunyai tangkai isyarat mereka di sebelah kanan dan tangkai pengelap di sebelah kiri - berbeza sama sekali dengan seluruh dunia. Di luar Jepun, wilayah seperti Eropah, Amerika Syarikat, dan China mempunyai piawaian yang berbeza. 

Namun apabila kereta buatan Jepun dieksport ke AS atau Eropah, kereta tersebut harus mematuhi peraturan di rantau berkenaan justeru memerlukan konfigurasi tangkai terbalik, tanpa mengira sama ada kereta tersebut dikeluarkan sebagai kenderaan pemanduan sebelah kiri atau di sebelah kanan.

Adakah Jepun menerima kereta dengan tangkai terbalik?

Walaupun Jepun mengikuti piawaian JIS, negara ini juga mengiktiraf standard ISO, yang membolehkan kereta dengan tangkai terbalik dijual di Jepun.

Mengapa 'signal' Proton sebelah kiri tapi 'signal' Perodua sebelah kanan? 06

Oleh itu, jenama Eropah seperti BMW, Mercedes-Benz, dan Volkswagen mengekalkan konfigurasi tangkai terbalik untuk model yang dijual di Jepun.

Perodua tidak terkecuali

Seperti yang anda tahu, Perodua juga mengikuti konfigurasi tangkai isyarat sebelah kanan kerana rakan kerjasama teknikal mereka adalah Daihatsu. Semua model Perodua yang dijual di Malaysia mengekalkan tangkai standard Jepun dan bukan tangkai terbalik seperti Proton.

Mengapa 'signal' Proton sebelah kiri tapi 'signal' Perodua sebelah kanan? 07

Perodua Myvi pasaran UK. Periksa sendiri tangkai isyarat hatchback ini. Kredit gambar: autotrader.co.uk

Sama seperti Proton, Perodua juga ada mengeksport model mereka ke UK. Model Perodua sebelum ini, seperti Kancil, yang dijual di UK sebagai Perodua Nippa, tidak menawarkan tangkai terbalik. Tangkai terbalik hanya pertama kali digunakan pada Perodua Kenari pada tahun 2000.

Oleh itu, apabila anda tidak sengaja menghidupkan tangkai pengelap untuk memberi isyarat, jangan risau. Anda hanya perlu membiasakan diri dengan konfigurasi yang berbeza.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda