Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet

Faisal · Dec 22, 2020 01:00 PM

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 01

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 telah menggugurkan hiasan lambang yang berdiri di bonet yang ikonik. Perkara ini telah disahkan oleh MotorTrend dimana pilihan tersebut tidak lagi hadir di dalam konfigurasi maya buat Mercedes-Benz E-Class facelift.

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 02

Untuk maklumat anda, Mercedes-Benz E-Class 2021 dijangka membuat pelancaran di Malaysia pada awal tahun depan.

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 01

Mercedes-Benz E-Class W213 yang terdapat di Malaysia sekarang

Hiasan yang berdiri ini sebenarnya bermula sebagai penyukat suhu tetapi selepas ia beralih ke bahagian papan pemuka, hiasan bonet ini hanya berfungsi sebagai penutup radiator.

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 02

Hiasan bonet Mercedes-Benz yang bermula sebagai penyukat suhu. Imej: WorthPoint

Melewati arus pemodenan, hanya beberapa jenama sahaja yang mengekalkan hiasan ini sebagai identiti (terutamanya kereta mewah).

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 03

Hiasan bonet Mercedes-Benz sebagai penutup radiator. Imej: Toovey's

Nampaknya lambang Mercedes-Benz yang berdiri di bonet kini telah beralih ke gril.

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 04

Mercedes-Benz E-Class facelift 2021

Malah pada model yang lebih terkini, lambang ini telah menjadi cukup besar untuk menayangkan tanda kemegahan yang anda miliki kepada orang ramai.

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 05

E 250 Exclusive Line di Malaysia yang hadir dengan lambang yang berdiri di bonet

Kini, hiasan bonet yang cukup terkenal ini telah digantikan dengan lencana Mercedes-Benz.

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 06

E 250 Avantgarde Line di Malaysia yang hadir dengan lencana di bonet

Untuk maklumat anda, perkara ini bukan kali pertama buat syarikat Mercedes-Benz. Mereka sebenarnya telah menampilkan perubahan yang sama buat model C-Class dan SL-Class.

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 07

Mercedes-Benz E-Class 2021 membuat debut global pada bulan Mac yang lalu. Pilihan enjin di Malaysia masih belum dipastikan tetapi kami menjangkakan enjin 2.0L turbo M254 (272 PS) yang baru menggantikan enjin M264 yang terdahulu.

Enjin baru ini menggunakan rangkaian elektrik mild hybrid 48V dengan Integrated Starter Generator (ISG) yang menambah kuasa sebanyak 20 PS. 

Mercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet 08

Intipan Mercedes-Benz E-Class facelift telah dijumpai dengan dua varian sekaligus dimana kedua-duanya tidak mempunyai lambang yang berdiri di bonet.

Untuk pengetahuan anda, Mercedes-Benz E-Class facelift menampilkan pelbagai kemaskini. Antaranya ialah pada sistem bantuan keselamatan ADAS dan sistem infotainment MBUX yang lebih baru.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mercedes-Benz E-Class E 200 SportStyle Avantgarde

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru