window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz A-Class Sedan versi CKD bakal tiba di Malaysia, harga sedang disahkan

Faisal Β· Sep 10, 2021 04:42 PM

Mercedes-Benz A-Class Sedan versi CKD bakal tiba di Malaysia, harga sedang disahkan 01

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya mengesahkan bahawa A-Class Sedan versi pemasangan lokal (CKD) akan dilancarkan tidak lama lagi. Awal Februari lalu, syarikat itu telahpun menyatakan hasrat mereka untuk menambah penawaran kereta dan SUV kompak versi CKD.

Mercedes-Benz A-Class Sedan versi CKD bakal tiba di Malaysia, harga sedang disahkan 02

Sewaktu sesi persidangan maya yang diadakan sebentar tadi bersama CEO Sagree Sardien dan Naib Presiden MBM, Michael Jopp, syarikat itu menjelaskan bahawa penghasilan kereta adalah satu perkara yang berlainan dengan jualannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata Jopp, “Walaupun kita berupaya menghasilkan kereta, tidak semestinya kita boleh menjual kereta tersebut. Sebelum ke peringkat itu, ada beberapa perkara yang perlu dilalui terlebih dahulu. Salah satunya hal dalaman yang mellibatkan perspektif keluaran dan produksi. Yang kedua pula merujuk kepada kerajaan yang mana ia berkait dengan perihat kelulusan harga. Inilah yang kami sedang usahakan sekarang ini.”

Juga baca'Lockdown' sekat pelan kilang, CKD untuk Mercedes-Benz A-Class & GLA tertangguh

Mercedes-Benz A-Class Sedan versi CKD bakal tiba di Malaysia, harga sedang disahkan 01

Disebabkan hal ini, MBM belum dapat lagi mengesahkan tarikh pelancarannya.

Mercedes-Benz A-Class Sedan versi CKD bakal tiba di Malaysia, harga sedang disahkan 02

Selama ini, A-Class Sedan diimport samada dari Mexico (Cooperation Manufacturing Plant Aguascalientes yang dimiliki oleh Daimler-Nissan) ataupun dari kilang Rastatt di Jerman. Tetapi model 2020 yang kemudiannya diimport secara eksklusif dari Rastatt.

Untuk pengetahuan anda, A200 Sedan (1.3L turbo) dijual pada harga RM 222,121. A250 Sedan (2.0L turbo) pula ditawarkan pada harga RM 259,255.

Mercedes-Benz A-Class Sedan versi CKD bakal tiba di Malaysia, harga sedang disahkan 03

Dengan adanya pemasangan secara lokal kelak, tidak mustahil sekiranya harga A200 Sedan dapat berada di bawah julat RM 200,000. Penawaran ini secara tidak langsungnya akan memberi saingan yang lebih sengit kepada BMW 218i Gran Coupe.

Selepas A-Class Sedan, MBM dijangka melancarkan versi CKD untuk SUV kompak GLA-Class pula.

Juga bacaMercedes-Benz A-Class Sedan & GLA – model CKD debut di Indonesia, Malaysia bila lagi?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mercedes-Benz A-Class Sedan A200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda