Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia?

Faisal · Aug 16, 2021 01:00 PM

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 01

E 220d spec Thailand.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift 2021 baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 29 Julai yang lalu, iaitu 7 bulan selepas intipan pertama (oleh WapCar.my) dilihat sekitar ibu pejabat Mercedes-Benz Malaysia di Puchong.

Juga bacaSpyshots: Mercedes-Benz E-Class 2021 (W213) ‘facelift’ kini di Malaysia, bakal dilancarkan tahun depan!

Untuk pengetahuan anda, pelancaran E-Class facelift di Malaysia berlangsung kira-kira lima bulan selepas Thailand dan sebulan selepas Vietnam. Bagi anda yang belum tahu, E-Class di kedua-dua pasaran juga dipasang secara lokal (CKD).

Juga bacaMercedes-Benz E-Class W213 facelift rasmi di Malaysia - dari RM 326k hingga RM 375k

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 01

Tetapi secara umumnya, satu dunia turut berhadapan dengan situasi Covid-19.

Cumanya, operasi agensi kerajaan di Thailand dan Vietnam masih dijalankan seperti biasa. Maka itu, sebarang kelewatan yang dialami tidak akan begitu melarat.

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 02

Di Malaysia pula, aspek kelulusan harga buat para pengeluar telah mengalami kelewatan yang begitu ketara. Secara teknikal, Malaysia tidak lagi mengawal harga jualan kereta tetapi kesemua kereta CKD layak mendapat diskaun untuk cukai eksais hasil dari komponen tempatan yang digunakan. Di sinilah kelulusan kerajaan diperlukan.

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 03

E 300e PHEV spec Thailand.

Untuk maklumat anda, potongan cukai eksais boleh didapati samada melalui Industrial Linkage Program (ILP), Multi Sourcing Parts (MSP) ataupun insentif dari Energy Efficient Vehicle (EEV). Di antara semua, ILP adalah adalah medium yang paling selalu dirujuk.

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 04

Kilang Mercedes-Benz Malaysia di Pekan, Pahang.

Kelulusan pula hanya boleh dibuat apabila mendapat ‘lampu hijau’ dari Automotive Business Development Committee (ABDC). Badan ini terdiri dari Ministry of International Trade and Industry (MITI), Ministry of Finance (MoF), Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Malaysia Automotive, Robotic, IOT institute (MARii), dan juga Royal Malaysian Customs Department.

Kalau difikirkan balik, agak banyak yang harus pengeluar lalui. Malah setelah mendapat kelulusan oleh ABDC, dokumen yang terlibat juga perlu dikemukakan semula kepada MoF. Keseluruhan proses ini boleh mengambil masa dari 3 ke 6 bulan.

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 05

E-Class pra-facelift.

Ditambah pula dengan kekangan pandemik Covid-19, lagilah.

Sewaktu sidang media maya yang diadakan baru-baru ini, WapCar.my sempat bertanya kepada Timbalan Presiden Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Encik Michael Jopp, tentang kenapa MBM mengambil masa yang begitu lama untuk melancarkan E-Class facelift di Malaysia, sedangkan model CKD di Thailand sudah dirasmikan sejak bulan Februari lagi.

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 06

Kata beliau, “Kami sebenarnya boleh melancarkannya lebih awal. Kami sudah lama menunggu ILP untuk kelulusan harga yang terakhir. Kalaulah kami terima lebih awal, sudah tentu pelancarannya beransur lebih cepat. Malah, kami sudahpun bersiap sedia memandangkan stok E-Class pra-facelift juga sudah hampir licin. Nampaknya, nasib tidak begitu menyebelahi kami.”

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 07

“Apapun, kami berasa lega kerana walaupun dengan situasi ‘lockdown’, kami tetap mendapat kelulusan untuk melancarkannya. Tetapi sejujurnya, saya ingatkan pelancaran ini hanya dapat dilangsungkan setelah kemelut PKP ini berakhir. Perkara ini pada peringkat awalnya cukup mengecewakan kerana ramai yang berminat dengan E-Class facelift.”

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 08

E 200 Exclusive spec Vietnam.

Umumnya, E-Class terbaru ditawarkan dengan varian E 200 Avantgarde (RM 326,943) dan E 300 AMG Line (RM 375,432). Varian E 350 pula telah digugurkan. Untuk varian hibrid plug-in E 350e (kini sebagai E 300e), MBM masih belum ada pelan untuk memperkenalkannya di Malaysia. Antara sebabnya boleh didapati di sini.

Thailand & Vietnam sudah, tetapi kenapa Mercedes-Benz E-Class 2021 lambat masuk di Malaysia? 09

Sama seperti model sebelum ini, E-Class facelift juga dipasang di kilang Mercedes-Benz Malaysia yang terletak di Pekan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mercedes-Benz E-Class E 200 SportStyle Avantgarde

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru