Mercedes-Benz E-Class W213 facelift bakal tiba pada harga RM 327k, 5 Series LCI terciduk?

Faisal · Jul 28, 2021 12:00 PM

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift bakal tiba pada harga RM 327k, 5 Series LCI terciduk? 01

Varian Avantgarde spec Jerman.

Setelah diperkenalkan di beberapa pasaran di rantau ini, Mercedes-Benz E-Class W213 facelift 2021 nampaknya bakal tiba ke Malaysia dalam masa yang terdekat.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift bakal tiba pada harga RM 327k, 5 Series LCI terciduk? 02

E-Class facelift spec Thailand.

Untuk pasaran kita, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akan tawarkan E-Class facelift dengan varian E200 Avantgarde dan E300 AMG Line. Kedua-duanya bakal dilancarkan sebagai model CKD dari kilang Mercedes-Benz di Pekan, sama seperti sebelum ini.

W213 facelift vs W213 pra-facelift
Model Harga pra-facelift (RM) Harga facelift (RM)
E200 318,270 326,943
E300 367,062 375,432
E350 384,523 Belum ada

Pada mereka yang berhasrat untuk beli, varian E200 Avantgarde ditawarkan pada RM 326,943 manakala E300 AMG Line pula bermula pada RM 375,432 (harga termasuk pengecualian SST, sah sehingga 31 Disember 2021).

E-Class W213 facelift vs 5 Series G30 LCI
Model Harga (RM)
5 Series LCI 334,353 - 384,941
E-Class facelift 326,943 - 375,432

Kalau anda nak tahu, julat harga ini sebenarnya lebih murah daripada BMW 5 Series G30 facelift LCI yang dilancarkan baru-baru ini.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift bakal tiba pada harga RM 327k, 5 Series LCI terciduk? 01

Kedua-dua E-Class facelift ini dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo yang mana ia menghasilkan 197 PS dan 320 Nm tork untuk varian E200. E300 pula lengkap dengan hembusan tenaga sebanyak 258 PS dan 370 Nm tork. Secara standard, kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 9 kelajuan.

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift bakal tiba pada harga RM 327k, 5 Series LCI terciduk? 02

Dari segi kelengkapan, varian E200 hadir dengan ciri seperti:

  • Pakej gaya Avantgarde
  • Lampu LED
  • Roda 5 bilah kembar bersaiz 18 inci
  • Kerusi depan jenis elektronik
  • Infotainment MBUX dengan sokongan Android Auto & Apple CarPlay
  • Blind Spot Assist
  • Active Brake Assist (AEB)
  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift bakal tiba pada harga RM 327k, 5 Series LCI terciduk? 03

Varian E300 pula datang dengan ciri seperti:

  • Pakej eksterior AMG Line
  • Lampu LED Multibeam
  • Roda AMG 19 inci
  • Bumbung suria panoramik
  • Kemasan kulit
  • Kamera 360-darjah
  • Active Distance Assist (ACC)
  • Active Lane Keeping Assist (LKA)

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift bakal tiba pada harga RM 327k, 5 Series LCI terciduk? 04

Spec UK.

Untuk pengetahuan anda, infotainment yang ada pada varian E300 sendiri lebih canggih yang mana ia hadir dengan sistem navigasi jenis hard disc beserta informasi trafik secara langsung, sistem bunyi Burmester, dan juga pengecas tanpa wayar.

Juga bacaSpyshots: Mercedes-Benz E-Class 2021 (W213) ‘facelift’ kini di Malaysia, bakal dilancarkan tahun depan!

Mercedes-Benz E-Class W213 facelift bakal tiba pada harga RM 327k, 5 Series LCI terciduk? 05

Spec Thailand.

Memandangkan MBM sudah berikan maklumat dengan begitu terperinci, pelancaran yang ditunggu-tunggu ini nampaknya bakal berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mercedes-Benz E-Class E 200 SportStyle Avantgarde

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru