window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz Malaysia akan bertukar ke jualan 'online', bakal sumbang 25% dalam target global

Faisal · Jun 14, 2022 03:00 PM

Mercedes-Benz Malaysia akan bertukar ke jualan 'online', bakal sumbang 25% dalam target global 01

Malaysia nampaknya akan menjadi sebahagian daripada matlamat Mercedes-Benz untuk mencapai 25% daripada jualan kerata baru mereka secara dalam talian (online). Perkara ini telahpun disahkan oleh ahli lembaga jualan dan pemasaran Mercedes-Benz Group iaitu Britta Seeger yang mana beliau berkata bahawa projek saluran jualan digital di Malaysia juga akan dibuat di Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Secara teknikal, Mercedes-Benz Group menyasarkan jualan global secara 100% online menjelang tahun 2025. Apapun, pengedar Mercedes-Benz akan dikekalkan untuk urusan melengkapkan transaksi, pendaftaran dan penyerahan kereta kepada pelanggan. Beberapa hari yang lepas, Thailand sudah mula membuat jualan secara online yang mana ia termasuk pembayaran deposit.

Mercedes-Benz Malaysia akan bertukar ke jualan 'online', bakal sumbang 25% dalam target global 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun di Eropah, Mercedes-Benz akan melangkau pengedar dan terus ke jualan langsung yang dibuat secara agensi. Secara tidak langsung, pengedar mereka tidak akan lagi memegang stok dan tiada sasaran jualan. Di samping itu, komisen dan penjual juga tidak akan ada lagi.

Memandangkan pengedar tidak perlu mencari jualan, kereta Mercedes-Benz nanti akan dijual dengan harga konsisten. Jadi, diskaun yang banyak tidak akan ada lagi. Senang kata, pengalaman pelanggan bersama Mercedes-Benz akan dikawal 100% oleh pengeluar.

Mercedes-Benz Malaysia akan bertukar ke jualan 'online', bakal sumbang 25% dalam target global 01

Menjelang 2025, Mercedes-Benz mahu lebih 80% daripada jualan mereka datang daripada online.

Sewaktu persidangan Mercedes-Benz Group Strategy Update pada bulan Mei yang lalu, Seeger berkata bahawa di pasaran yang telah matang, mereka perlu kurangkan bilangan bilik pameran yang besar kerana di sana, saiz dan format yang betul serta lokasi yang strategik adalah kunci. Di peringkat global, mereka akan mengurangkan lokasi jualan sebanyak 10% setiap tahun sehingga tahun 2025.

Mercedes-Benz Malaysia akan bertukar ke jualan 'online', bakal sumbang 25% dalam target global 02

Sementara itu, pengedar-pengedar di Eropah sekarang akan ditukar kepada stor menikmati jenama itu. Ia hanya akan diselia oleh perunding produk yang mana mereka akan mengurus sesi pandu uji dan melengkapkan pembelian kenderaan secara online.

Buat masa sekarang, stor online dari Mercedes-Benz Malaysia masih dalam pembangunan. Jadi, sama-samalah kita tunggu.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda