window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V

Faisal · Sep 14, 2021 02:00 PM

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V 01

Walaupun pernah berlegar di perkarangan tanah air kita, MG mungkin tidak akan membuat debut Malaysia dalam masa yang terdekat. Tetapi di beberapa pasaran ASEAN, jenama kereta China-British ini mampu meninggalkan impak jualan yang agak luar biasa.

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V 02

Baru-baru ini, MG Motor Indonesia telah melancarkan MG ZS facelift 2021 secara maya. Kiranya, ia berlangsung setahun selepas pelancaran di Thailand. Bagi anda yang belum tahu, ZS pra-facelift merupakan model MG pertama yang diperkenalkan ke tanah Indonesia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V 01

Untuk model terbaru ini, perubahan paling ketara yang dapat dilihat pada MG ZS facelift adalah pada bahagian depan. Kalau anda perasan, grilnya sudah berubah dari ala Mazda kepada Ford. Walaupun dengan inspirasi reka bentuk yang berbeza, ZS facelift tetap nampak sporty.

Juga bacaMG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V?

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V 02

Pada bahagian belakang, SUV segmen B ini tampil dengan bampar yang lebih moden dan lampu LED yang bergrafik baru.

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V 03

Beralih ke bahagian kabin, MG ZS facelift mendatangkan pembaharuan pada skrin infotainment yang mana ia dinaik taraf dari 8 inci menjadi 10.1 inci. Sokongan Android Auto dan Apple CarPlay turut ditawarkan.

Juga bacaDah 2021, kenapa Proton belum guna Apple CarPlay/Android Auto? Sebabnya, ‘user data’

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V 04

Satu lagi pembaharuan adalah ciri electric parking brake (EPB) yang mana ia menggantikan brek tangan. Varian yang paling atas turut dikemaskini dengan larasan tempat duduk pemandu jenis elektronik.

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V 05

Bercakap mengenai varian, MG ZS di Indonesia ditawarkan dengan spec Activate, Ignite, dan Magnify. Ketiga-tiga varian ini masih dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L NA yang menghasilkan 114 PS dan 150 Nm tork.

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V 06

Tetapi untuk kali ini, ia dipadankan dengan transmisi CVT dengan 8 kelajuan maya, menggantikan automatik 4 kelajuan yang terdahulu.

MG ZS facelift 2021 dilancarkan di Indonesia – bakal menggoda pembeli Honda HR-V 07

Dari segi keselamatan, hanya varian Magnify sahaja yang lengkap dengan 6 beg udara. Walau bagaimanapun, MG ZS spec Indonesia masih tidak mendatangkan ciri bantuan keselamatan ADAS.

Apapun, harga MG ZS facelift di Indonesia masih belum diumumkan. Untuk maklumat anda, model pra-facelift ditawarkan bermula harga 255 juta Rupiah (~RM 74,000).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MG ZS Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda