Modenas Ninja 250 ABS/Z250 ABS sertai 'kelab' dapat penarafan 5 Bintang MyMAP!
Khairil ยท Dec 2, 2022 08:00 PM
0
0
Dua model terbaharu dan terhangat Modenas ketika ini, Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS menjadi 'ahli' baharu dalam senarai penarafan 5 Bintang MyMAP.
Lebih menarik, kedua-dua model ini menjadi motosikal pertama yang menerima penarafan 5 Bintang MyMAP bagi segmen 'Naked Bike' dan 'Sports Bike' bersesaran 250 cc di pasaran tempatan ketika ini.
Sebagai info, penarafan MyMAP yang juga Program Penilaian Motosikal Malaysia adalah ujian keselamatan dan audit yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Modenas dalam satu kenyataan media berkata penganugerahan itu diberikan kepada dua model berkenaan selesai sesi penarafan dan audit yang dijalankan di kompleks pemasangan Modenas di Gurun, Kedah pada Oktober lalu.
Dan hasil yang diperoleh daripada audit yang meliputi proses pemasangan dan ujian menunjukkan prestasi keselamatan Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS adalah cemerlang mengikut kriteria utama MyMAP.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata pihaknya berkata amat berbangga dengan pengiktirafan yang diperoleh kedua-dua model Modenas Ninja 250 ABS dan Modenas Z250 ABS dengan kedua-duanya miuncul motosikal pertama menerima penarafan 5 bintang MyMAP bagi segmen 'Naked Bike' dan 'Sports Bike' bersesaran 250 cc.
"Justeru, kami amat berharap para pembeli akan lebih cakna dalam membuat keputusan ketika membeli motosikal dan lebih mementingkan teknologi keselamatan yang ditawarkan pada setiap motosikal mereka," kata Roslan yang turut menegaskan Modenas aman terus mengaplikasi lebih banyak ciri keselamatan pada barisan modelnya yang lain.
Kepada yang tidak tahu, Program MyMAP adalah antara usaha kerajaan dalam menaiktaraf tahap keselamatan motosikal di Malaysia dengan mengintegrasikan teknologi dan fungsi keselamatan baharu pada motosikal berkapasiti rendah.
Ia direka berdasarkan pengalaman MIROS dalam membangunkan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).
Selain memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS turut disematkan dengan teknologi seperti Klac Assist & Slipper, indikasi tunggangan ekonomi dan posisi tunggangan Argo Fit untuk pengurusan casis ringan yang lebih efektif.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.