window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pakar dalam teknologi hidrogen fuel cell, Toyota tawar teknologi kepada bas Mercedes-Benz

Faisal ยท May 6, 2022 09:00 AM

Pakar dalam teknologi hidrogen fuel cell, Toyota tawar teknologi kepada bas Mercedes-Benz 01

Toyota Motor Europe (TME) pada awal minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membekalkan modul fuel cell kepada Daimler Buses iaitu Mercedes-Benz generasi terkini yang bernama eCitaro Range Extender.

‘Range Extender’ yang dimaksudkan adalah penggunaan bateri bagi menyokong fuel cell. Secara amnya, kenderaan elektrik fuel cell seperti Toyota Mirai menggunakan bateri sekecil 1.2 kWj, sedikit besar daripada bateri kenderaan hibrid biasa. Kapasitinya agak kecil kerana fuel cell menjana elektrik secara berterusan sewaktu bas bergerak. Jadi, bateri yang berkapasiti besar sebenarnya tidak diperlukan.

Pakar dalam teknologi hidrogen fuel cell, Toyota tawar teknologi kepada bas Mercedes-Benz 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, eCitaro Range Extender menggunakan 3 bateri NMC yang cukup besar (Nickel-Manganese-Cobalt generasi ketiga). Kapasiti baterinya mencecah 588 kWj untuk bas solo dan 686 kWj untuk bas kompleks.

Pakar dalam teknologi hidrogen fuel cell, Toyota tawar teknologi kepada bas Mercedes-Benz 01

Bas ini perlu diisi dengan bahan api dan cas hidrogen, bukan seperti kereta hidrogen.

Secara teknikal, bas Mercedes-Benz yang berkuasa hidrogen fuel cell ini boleh dipandu sejauh 400 km. Versi yang lebih kompleks pula boleh pergi sekitar 350 km.

Mengenai teknologi Toyota yang disebutkan tadi, eCitaro akan menggunakan TFCM2-F-60 iaitu modul jenis rata generasi kedua yang menghasilkan kuasa 60 kW. Uniknya, ia boleh diintegrasikan terus pada bumbung bas, termasuk dengan bateri dan tangka hidrogen.

Pakar dalam teknologi hidrogen fuel cell, Toyota tawar teknologi kepada bas Mercedes-Benz 02

Komponen fuel cell dipasang pada bahagian bumbung bas.

Kata Presiden dan CEO Toyota Motor Europe, “Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Daimler Buses dan kami berasa bangga kerana trenkuasa hidrogen kami akan menjana pertumbuhan dari segi jualan di Eropah. Toyota begitu komited dalam mencecah kadar karbon neutral dan kami percaya hidrogen adalah salah satu kunci yang penting.”

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda