window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PDRM pernah beri amaran hukuman untuk ibu bapa anak berbasikal lajak, netizen korek balik poster

Mersita ยท Apr 15, 2022 01:00 PM

PDRM pernah beri amaran hukuman untuk ibu bapa anak berbasikal lajak, netizen korek balik poster 01

Satu poster infografik tentang risiko basikal lajak dan hukuman yang boleh dikenakan keatas ibu bapa yang mengabaikan keselamatan anak-anak bawah umur berbasikal lajak pernah dikongsikan di Facebook rasmi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada 18 Februari 2020.

Kini, ia mula dikongsikan semula oleh netizen dan tular dengan komen-komen berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi pada Rabu yang memerintahkan hukuman penjara serta denda keatas Sam Ke Ting, pemandu wanita yang melanggar mati sekumpulan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu di Johor Bahru.

Hantaran di Facebook PDRM tersebut mula-mula dikongsikan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), menjelaskan tentang risiko basikal lajak yang telah diubahsuai tanpa mengikut spesifikasi dibenarkan sehingga boleh mengundang bahaya di jalan raya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun, perkara yang paling menarik perhatian orang ramai ialah penjelasan tentang hukuman yang boleh dikenakan keatas ibu bapa kanak-kanak berbasikal lajak. Menurut poster berkenaan, ibu bapa boleh dipenjara 5 tahun dan didenda sehingga RM 20,000 jika terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak dibawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

PDRM pernah beri amaran hukuman untuk ibu bapa anak berbasikal lajak, netizen korek balik poster 01

Tangkap layar ruangan komen hantaran FB PDRM di atas

Ruangan komen di hantaran tersebut dibanjiri dengan komen-komen baharu sejak beberapa hari lalu. Beberapa komen merujuk kepada kegiatan berbasikal lajak yang masih berleluasa sehingga ke hari ini di beberapa kawasan. Banyak juga komen yang menegaskan bahawa ibu bapa perlu dijatuhkan hukuman dan tanggungjawab ini tidak patut ditanggung oleh pemandu semata-mata.

Juga baca: Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah TInggi

PDRM pernah beri amaran hukuman untuk ibu bapa anak berbasikal lajak, netizen korek balik poster 02

Tangkap layar ruangan komen hantaran FB PDRM di atas

Setelah Mahkamah Tinggi memerintahkan hukuman penjara enam tahun bermula tarikh sabitan pada Rabu serta denda RM 6,000 keatas kerani, Sam Ke Ting (27), atas kesalahan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada awal pagi 18 Februari 2017, kes ini mendapat perhatian umum dan pelbagai desakan telah diterima oleh pihak berwajib.

Juga baca: Wanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000

PDRM pernah beri amaran hukuman untuk ibu bapa anak berbasikal lajak, netizen korek balik poster 03

Antara desakan yang diterima termasuklah permohonan untuk rayuan semula kes bagi Sam kerana ramai yang menganggap keputusan Hakim Datuk Abu Bakar Katar di Mahkamah Tinggi baru-baru ini adalah kurang adil. Desakan lain termasuklah mendakwa ibu bapa remaja yang terlibat dalam kemalangan berkenaan dan memperkasakan lagi penguatkuasaan keatas pengharaman aktiviti basikal lajak di negara ini.

Juga baca: Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam

Jalan raya bukannya untuk berlumba basikal lajak, ibu bapa patut pantau – Pengerusi MIROS

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda