window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemilik Tesla merungut, habiskan cuti Krismas berbaris lama untuk pengecas EV!

Mersita · Jan 2, 2023 10:00 AM

Pemilik Tesla merungut, habiskan cuti Krismas berbaris lama untuk pengecas EV! 01

Ramai yang rasa kagum melihat pemilik Tesla kerana kereta mereka tampak begitu moden dan canggih. Tapi, jika dilihat pada barisan ‘traffic jam’ dipenuhi pemilik kereta hasil buah fikiran Elon Musk ini ketika sambutan Hari Krismas di UK baru-baru ini, kami jamin anda pasti rasa bersyukur yang anda tak perlu bersusah-payah seperti mereka.

Menurut laporan media UK, beberapa barisan panjang dipenuhi kereta elektrik (EV) dikesan di serata UK beberapa hari lalu. Antaranya adalah berpuluh buah kereta yang berbaris menunggu giliran untuk mengecas EV mereka di port pengecas lot parkir Waitrose di Hertfordshire pada 25 Disember lalu.

@geoffbuyscars Tesla owners queue for power at Penrith 😂😂😂 (video credit to Craig) #electricvehicle #tesla #savetheplanet ♬ original sound - geoffbuyscars

Seorang pengguna TikTok berkata pemilik Tesla terpaksa menunggu kira-kira sejam untuk mengecas kenderaan mereka di stesen berkenaan. Ahli grup Facebook pemilik Tesla turut melaporkan yang mereka terpaksa menunggu 3 jam untuk mengecas EV mereka di stesen ‘supercharger’ Tebay Southbound di Cumbria beberapa hari lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Di sini sudah lebih sejam. Masih ada 15 (kereta) di hadapan saya dalam barisan (menunggu) untuk mengecas. Paling kurang lagi dua jam saya kena tunggu – minimum,” kata seorang pengguna.

@nigeltaylor04

 

♬ Driving Home for Christmas - Chris Rea

Kegundahan sama dihadapi pemilik EV di Westmorland yang menggambarkan situasi port pengecas di sana sebagai "gila".

“Dua jam 30 minit menunggu hanya untuk mengecas. Pengalaman paling buruk sebagai pemandu Tesla. Barisan sekarang ada 40 (buah kereta)!” kata seorang pengguna.

Tidak dinafikan, dunia semakin rancak beralih ke ekosistem EV. Namun, nampak gayanya jumlah pengguna dan jumlah fasiliti pengecas, terutamanya pengecas pantas, masih belum optimum.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia