window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penuh dengan keunikan, ini 5 kereta modifikasi Daihatsu yang akan ada di Tokyo Auto Salon 2023

Faisal · Jan 1, 2023 04:00 PM

Penuh dengan keunikan, ini 5 kereta modifikasi Daihatsu yang akan ada di Tokyo Auto Salon 2023 01

Kereta modifikasi dari Jepun selalunya mendapat perhatian yang begitu banyak dalam kalangan peminat kereta kerana ia cukup unik. 13 – 15 Januari ini pula akan berlangsungnya Tokyo Auto Salon 2023.

Dalam banyak-banyak pengeluar pula, jenama marhaen seperti Daihatsulah yang paling dinantikan oleh para pengunjung kerana ia dekat di hati rakyat.

Juga bacaBukan sekadar Perodua Kenari - Ini 8 perkara anda mungkin tak tahu tentang Daihatsu Move

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Bestcarweb, ada 5 model modifikasi Daihatsu yang akan dipamerkan dan pengeluar itu akan membuka seksyen dengan tema “Daihatsu Village 2023: Dreamy, Bursting Daihatsu”. Jadi, apakah 5 model yang dimaksudkan ini?

1. Daihatsu Hijet Truck Jumbo Extended

Penuh dengan keunikan, ini 5 kereta modifikasi Daihatsu yang akan ada di Tokyo Auto Salon 2023 01

Van ini menampilkan modifikasi melalui kargo yang dipanjangkan. Bahagian tepinya pula menerapkan sentuhan tingkap supaya dapat memberikan satu akses. Dengan pelekat ala kereta lumba dan rim TE37, van yang sesuai dibuat untuk jual makanan ini sememangnya nampak ranggi.

2. Daihatsu Copen Club Sports

Penuh dengan keunikan, ini 5 kereta modifikasi Daihatsu yang akan ada di Tokyo Auto Salon 2023 02

Roadster kecil ini pula tampil dengan elemen kereta lumba. Bahagian eksteriornya mendatangkan rim aluminium RAYS yang lengkap dengan tayar Dunlop.

Dari segi teknikal, terdapat rollcage yang dipasang di belakang tempat duduk hadapan dan suspensinya menggunakan versi sport. Bercakap mengenai ini, eszos sport juga turut dilengkapkan.

3. Daihatsu Atrai Wild Ranger

Penuh dengan keunikan, ini 5 kereta modifikasi Daihatsu yang akan ada di Tokyo Auto Salon 2023 03

Model yang berasaskan Daihatsu Hijet ini pula mengetengahkan unsur mengembara seperti berkelah di tepian bukit dan gunung.

Disebabkan itu, exteriornya menerapkan unsur-unsur kehijauan seperti kereta hutan. Menariknya, bahagian bawah kenderaan ini ada lapisan resin untuk melindung kesan calar dari pokok-pokok atau tanah batu. Dalam masa yang sama, tayarnya juga diganti dengan model Toyo Open Country A/T.

Menariknya, bahagian bumbung kereta ini sebenarnya menempatkan satu bot kecil yang disimpan secara terbalik.

4. Daihatsu Tanto Low Down

Penuh dengan keunikan, ini 5 kereta modifikasi Daihatsu yang akan ada di Tokyo Auto Salon 2023 04

Antara model kegilaan ramai ini pula mengenakan ubah suai melalui konsep Low Down dengan tema warna hitam dan merah. Selain itu, gril depannya menerapkan reka bentuk taring. Secara teknikal, roda kereta ini telah dilebarkan dan rimnya diubah suai kepada jenis besar. Dalam masa yang sama, suspensi kenderaan ini turut direndahkan.

5. Daihatsu Tanto Fun Cross

Penuh dengan keunikan, ini 5 kereta modifikasi Daihatsu yang akan ada di Tokyo Auto Salon 2023 05

Yang ini pula diubah suai dengan elemen mengembara seperti ‘mountain bike’. Selain tema warna kuning hitam, kenderaan ini juga diganti dengan tayar Toyo Open Country A/T. Bahagian bumbungnya siap ada rel untuk membawa basikal apabila perlu.

Jadi, inilah sedikit sebanyak tentang apa yang bakal ada di Tokyo Auto Salon 2023. Nak tahu kereta apa lagi yang menanti? Ikuti perkembangan kami dari semasa ke semasa.

Juga bacaDaihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali!

Sumber: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda