window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Petronas sertai WSBK, jadi penaja utama MIE MS Racing Honda Team di WorldSSP!

Khairil ยท Jan 3, 2023 03:00 PM

Petronas sertai WSBK, jadi penaja utama MIE MS Racing Honda Team di WorldSSP! 01

Satu perkembangan menarik muncul sejurus pengelola Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) mengeluarkan senarai barisan pelumba dan pasukan, baru-baru ini bagi ketiga-tiga kelas perlumbaan dalam perlumbaan itu untuk musim 2023.

Petronas sertai WSBK, jadi penaja utama MIE MS Racing Honda Team di WorldSSP! 02

Secara umumnya, Malaysia akan memiliki dua pelumba di kejuaraan berkenaan iaitu Hafizh Syahrin Abdullah dalam kelas perdana WorldSBK dan kelas pertengahan, Adam Norrodin di WorldSSP.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi ada perkembangan menarik diperoleh yang menyaksikan syarikat petroleum gergasi negara, Petronas kembali ke arena perlumbaan dua roda elit apabila sah menjadi penaja utama bagi pasukan disertai Adam.

Juga baca: Dua pelumba Malaysia beraksi musim depan, SIC patut serius timbang anjur semula WSBK?

Petronas sertai WSBK, jadi penaja utama MIE MS Racing Honda Team di WorldSSP! 01

Dan susulan kerjasama itu, nama rasmi pasukan itu, seperti yang didaftarkan di WSBK adalah Petronas MIE MS Racing Honda Team.

Petronas sertai WSBK, jadi penaja utama MIE MS Racing Honda Team di WorldSSP! 02

Petronas setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tapi apa yang pasti, perkembangan itu bukanlah sekadar khabar angin apabila nama berkenaan diumumkan sendiri pihak WSBK dalam laman web rasmi perlumbaan itu.

Petronas sertai WSBK, jadi penaja utama MIE MS Racing Honda Team di WorldSSP! 03

Kepada yang tidak tahu, pasukan yang disertai Adam adalah pasukan yang diuruskan oleh Midori Moriwaki, individu sama yang bertugas sebagai Prinsipal dalam pasukan MIE Racing Honda Team yang disertai Hafizh di WorldSBK.

Dan Midori sememangnya tidak asing dengan Petronas dan pernah bekerjasama sebelum ini bersama Hafizh ketika bekas pelumba MotoGP negara itu menyertai kejuaraan motosikal dunia.

Petronas sertai WSBK, jadi penaja utama MIE MS Racing Honda Team di WorldSSP! 04

Sebelum ini, Petronas pernah menjadi penaja utama kepada pasukan negara yang beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam ketiga-tiga kelas perlumbaan MotoGP, Moto2 dan Moto3 menerusi pasukan Petronas Yamaha SRT dan Petronas Sprinta Racing.

Juga baca: Giliran Adam Norrodin ke WSBK, sertai MIE MS Racing Honda Team dalam kelas WorldSSP!

Petronas sertai WSBK, jadi penaja utama MIE MS Racing Honda Team di WorldSSP! 05

Kerjasama terbaharu membabitkan Petronas di Kejuaraan Motosikal Dunia adalah dengan menubuhkan pasukan Petronas MIE Racing yang berlumba di saingan Moto2 dengan tiket 'wildcard' di Grand Prix Malaysia, Oktober tahun lalu.

Petronas sertai WSBK, jadi penaja utama MIE MS Racing Honda Team di WorldSSP! 06

Honda CBR600RR

Di kelas WorldSSP, Adam akan beraksi bersama jentera Honda CBR600RR, yang juga penampilan semula jentera itu ke perlumbaan berkenaan selepas beberapa musim 'berehat'.

Sumber imej: FB Adam Norrodin

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda