window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in beli sebuah Hyundai Casper - sokong buatan tempatan!

Haris ยท Sep 29, 2021 11:45 AM

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in beli sebuah Hyundai Casper - sokong buatan tempatan! 01

Hyundai Casper kini secara tidak rasminya adalah kenderaan yang paling diminati di Korea Selatan. SUV segmen A ini mengaut sehingga 18,940 unit pra-tempahan pada hari pertama tempahan dibuka dalam talian, satu angka yang sangat memberangsangkan.

Disasarkan untuk golongan muda, Hyundai Casper segera menerima sambutan hangat. Sesuai dengan konsep 'muda' yang ditawarkan, Casper turut menghiraukan model perniagaan tradisional (nak beli kena pergi pengedar) dan hanya boleh dibeli secara dalam talian. Model ini akan dilancarkan pada hari ini, 29-September 2021.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in beli sebuah Hyundai Casper - sokong buatan tempatan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, antara 18,940 individu yang membuat pesanan awal untuk SUV ini adalah Presiden Korea Selatan Moon Jae-In. Malah, SUV ini dibeli dengan wangnya sendiri.

Perkara ini telah disahkan oleh Kerajaan Korea Selatan, dalam maklum balas bertulis kepada media Korea.

Baca: Hyundai Casper terbukti popular di Korea, 19k tempahan untuk hari pertama sahaja!

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in beli sebuah Hyundai Casper - sokong buatan tempatan! 01

Bagi Presiden Moon, pembelian tersebut adalah lebih dari sekadar simbolik untuk menyokong produk tempatan, tetapi puncak rundingan 4 tahun dengan pelbagai pihak yang berkepentingan untuk meyakinkan Hyundai untuk membina kilang baru di wilayah Gwangju - kilang kereta baru untuk Korea, yang pertama dalam masa 23 tahun.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in beli sebuah Hyundai Casper - sokong buatan tempatan! 02

Sektor pengilangan di Korea telah menjadi topik politik terhangat, bertambah buruk dengan hubungan tegang antara pengurusan syarikat dan kesatuan pekerja kilang. Seiring dengan trend industri ke arah elektrik, kebanyakan negara menawarkan insentif yang menarik untuk pengilangan kenderaan mesra alam tempatan, tetapi ini juga telah menyebabkan banyak pekerjaan keluar dari Korea.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in beli sebuah Hyundai Casper - sokong buatan tempatan! 03

Kilang Gwangju unik kerana ia tidak diwakili oleh kesatuan pekerja, dan Presiden Moon menggambarkannya sebagai 'kontrak sosial' antara penduduk Gwangju, pemerintah tempatan, buruh, dan pihak pengurusan.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in beli sebuah Hyundai Casper - sokong buatan tempatan! 04

Lebih menarik lagi, kilang pembuatan Hyundai Casper tidak membawa nama Hyundai Motor Group. Sebaliknya, ia dipanggil sebagai kilang Gwangju Global Motors (GGM), kerana kebanyakannya dimiliki oleh kerajaan tempatan Gwangju - 21% oleh Agensi Promosi Kenderaan Hijau Gwangju, 11.3% oleh Bank Gwangju, dan 19% oleh Hyundai.

Berukuran panjang 3,595 mm, lebar 1,595 mm, tinggi 1,575 mm, dengan jarak roda 2,400 mm, Hyundai Casper berdimensi mirip Perodua Axia Style, kecuali Hyundai Casper lebih tinggi 50 mm, untuk memberikan penampilan yang lebih mirip dengan sebuah SUV.

Dimensi
Model Hyundai Casper Perodua Axia Style
Panjang (mm) 3,595 3,650
Tinggi (mm) 1,575 1,525
Lebar (mm) 1,595 1,625
Jarak roda (mm) 2,400 2,455

Ia dikuasakan oleh enjin tiga silinder 1.0 liter turbocaj - tersedia sama ada sebagai suntikan port aspirasi semula jadi (MPI) atau varian suntikan langsung turbocaj (T-GDI). Sebarang butiran lanjut akan diumumkan lewat hari ini.

Oleh itu, bila agaknya menteri-menteri kita akan menggantikan Toyota Alphard dengan Proton atau Perodua, yang dibeli dengan wang mereka sendiri?

Baca: "Sokong Buatan Malaysia" katanya, tapi kenapa Toyota Alphard pula jadi ‘kereta rasmi’ ahli politik?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda