window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prototaip MCAS dah sedia untuk diuji, Miros cari 45 calon uji keberkesanan!

Khairil ยท May 26, 2022 02:00 PM

 

Prototaip MCAS dah sedia untuk diuji, Miros cari 45 calon uji keberkesanan! 01

Prototaip Sistem Amaran Perlanggaran Motosikal Miros (MCAS) yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) sudah bersedia untuk diuji dengan sejumlah 45 unit akan dipasang kepada calon terpilih.

Kajian rintis untuk menguji kebolehsediaan sekaligus mempertingkatkan MCAS ini akan melibatkan penunggang motosikal sebenar dalam kalangan mereka yang berulang alik ke tempat kerja dengan menggunakan motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Peraturan mandatori ABS motosikal 150 cc ke atas bakal dilaksana, kajian mula tahun ini!

Prototaip MCAS dah sedia untuk diuji, Miros cari 45 calon uji keberkesanan! 01

Selain Miros, kajian ini turut membabitkan kerjasama penyelidikan yang telah dibentuk bersama PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata proses pencarian 45 orang peserta kajian dijadualkan bermula pada bulan Jun 2022 dan akan diumumkan secara rasmi melalui platform media sosial serta kenyataan media.

Prototaip MCAS dah sedia untuk diuji, Miros cari 45 calon uji keberkesanan! 02

“Untuk kajian rintis ini, pemilihan peserta akan melibatkan kawasan Lembah Klang, Kedah dan Pulau Pinang.

"Sistem MCAS akan dipasangkan pada motosikal peserta selama tiga bulan untuk menguji keberkesanan sistem amaran perlanggaran tersebut. Hasil kajian ini dijangka akan dikeluarkan pada suku pertama tahun 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Juga baca: Miros uji keberkesanan teknologi ABS untuk kapcai, guna SYM VF3i 185 LE

Prototaip MCAS dah sedia untuk diuji, Miros cari 45 calon uji keberkesanan! 03

Mengulas lanjut, Khairil Anwar berkata kajian itu akan dibiayai secara bersama oleh PLUS menerusi sumbangan dana bagi membiayai kos pengumpulan dan analisa data kajian manakala kos pembangunan 45 unit sistem MCAS akan dibiayai menggunakan dana penyelidikan Miros dengan PLUS juga akan terlibat secara langsung dalam proses pengumpulan data kajian. 

Sebagai info, prototaip MCAS berjaya dibangunkan Miros tahun lalu dengan paten untuknya sudah pun dimajukan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Prototaip MCAS dah sedia untuk diuji, Miros cari 45 calon uji keberkesanan! 04

Contoh sistem pemantul radar pasif yang dibangunkan BMW dan Suzuki. Sumber imej: MCN

Menurut Miros, sistem ini berupaya mengesan kenderaan yang bergerak perlahanatau berhenti di hadapan dengan tepat dan memberi amaran kepada penunggang motosikal dalam masa yang mencukupi dan memberi peluang kepada penunggang untuk mengelak pelanggaran.

Juga baca: Miros bangunkan teknologi LIDAR tingkat keselamatan penunggang motosikal

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda