window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi

Lien · Jan 22, 2022 09:00 AM

** This article is published on WapCar Community, represent the opinion of users. Click the link below to enter the community for car enthusiasts in Malaysia
https://www.wapcar.my/forum


Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 01

Basic information about my car:

Proton Saga 1.3 AT Premium (2021)

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta Pilihan Bajet Ekonomi yang Dilengkapi Ciri-Ciri dan Kemudahan Premium

Watak kartun Walt Disney, Scrooge McDuck, amat terkenal sebagai “itik yang terkaya di dunia”. Ekoran kisah hidup beliau di mana kekayaannya adalah hasil titik peluh dan usaha seumur hidupnya, Scrooge McDuck sangat berjimat cermat, walaupun kekadang dikutuk bersifat tangkai jering dan tamak. Andainya beliau memperoleh permit MM2H untuk berhijrah ke Malaysia, kereta Proton Saga 1.3 AT Premium memadailah sebagai kaedah pengangkutan pilihannya yang bajet, jimat dan masih cukup selesa.   

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 01

Walaupun tuan penulis sekadar sahaja rakyat marhaen yang jauh sekali daripada tapak kayangan, tuan penulis dapat menikmat kemudahan dan ciri-ciri premium Proton Saga 1.3 AT Premium yang dibeli sewaktu bulan Ramadhan tahun ini. Diberi nama manjanya Dark Horse, pembelian kereta ini sebenarnya secara tidak dirancang kerana kereta lama tuan penulis (model Proton Saga Saga FLX 1.3 tahun 2015 yang diberi nama Ghost) masih lancar dan tidak bermasalah walaupun jarak tempuhnya sudah menjangkau 146,000 km.  

Disebabkan Proton melancarkan kempen promosi yang menawarkan khidmat servis kenderaan percuma termaksud upah dan alat ganti untuk tahun pertama, tuan penulis dengan sedap hati telah melengkap pembelian kereta terbarunya  secara tunai dan membawa pulang Dark Horse seminggu kemudian. 

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 02

Cars Considered Pre-purchase

Tuan penulis sebenarnya ada mengidam untuk membeli Perodua Ativa atau Maza 2 yang terpakai semasa terlibat dengan aktiviti membeli-belah tetingkap yang santai-santai secara atas talian. Walaubagaimanapun, setelah mengetahui keperincian kos insuran tahunan yang dianggarkan RM2,000, tuan penulis telah membatalkan idaman tersebut. Kena akurlah gelagat dan karenah Scrooge McDuck telah mempengaruhi tuan penulis untik menyimpan duit ni di dalam akaun pelaburan jangka panjang sebagai dana untuk projek baikpulih kereta retro/klasik apabila tuan penulis dah selesa bersara. 

Lagipun, dengan perintah kawalan pergerakan yang masih berkuatkuasa, tuan penulis hanya memerlukan kenderaan yang cukup “simple”, mudah diseleggara dan boleh diharap untuk bergerak daripada Lokasi A ke Lokasi B tanpa mengalami kerosakan. Dengan mempertimbangkan keperluan tuan penulis dan ciri-ciri kenderaan yang ditawarkan, kereta Proton Saga 1.3 AT Premium menjadi pilihan sebagai pakej lengkap dimana harganya memang padan dengan nilainya. Warna gelap “rosewood maroon” dipilih kerana ciri uniknya yang boleh dilihat sebagai warna ungu, perang atau merah gelap bergantung kepada keadaan pencahayaan persekitarannya.  

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 03

Aksesori Yang Ditambah

Oleh kerana kereta Proton Saga 1.3 AT Premium telah siap dilengkapi dengan sport rim alloy dan hiasan “chrome trim” di bahagian fender hadapan dan belakang, tuan penulis menambahkan aksesori di bawah untuk meningkatkan keselamatan dan fungsi kegunaan : 

  • Salutan seramik jenama Raytech : 

Walaupun ini adalah penambahan paling mahal tuan penulis berbelanja untuk Dark Horse, ia memang berbaloi kerana memudahkan tuan penulis mencuci kereta dengan sendiri sewaktu kedai-kedai mencuci kereta diarahkan tutup semasa perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa. Salutan seramik juga mengekalkan kekilatan cat kereta  seperti “baru keluar showroom” untuk lebih lama, terutamanya bagi kereta yang berwarna gelap. 

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 04

  • Filem berwarna seramik berasakan percikan nanotech (nanotech ceramic tint film with sputtering) : 

Kebanyakan kereta sekarang dipasang dengan filem berwarna untuk tujuan penyejukan dan mencantikkan rupa kereta. Tetapi ramai pemilik kereta mungkin kurang prihatin bahawa filem berwarna yang lebih murah menggunakan unsur-unsur logam untuk menguat dan mengeraskan struktur filem tersebut. Lagi ramai kurang prihatin bahawa unsur-unsur logam ini boleh melemahkan isyarat GPS telefon pintar sehingga isyarat gagal dikesan. Kalau dilihat paparan “No GPS signal” di perisian navigasi pada telefon pintar anda semasa memandu di kawasan yang kurang dikenali, memang boleh mengundang keresahan atau panik. Sesetengah model telefon pintar lebih terkesan, di mana tuan penulis boleh mengesahkan bahawa telefon pintar model Oppo A9 2020 cenderung kehilangan isyarat GPS semasa memandu kereta lama Proton Saga Saga FLX 1.3 yang dipasang dengan filem berwarna bajet. Walaubagaimanapun, isyarat GPS telefon model Oppo A9 2020 milik tuan penulis kekal mantap apabila memandu Dark Horse yang cerminnya dipasangkan filem berwarna seramik.   

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 05

  • Pemasangan lapisan pengadang calar bermotif gentian karbon di semua pintu :

Pengadang calar melindungi cat kereta daripada dicalar, terutamanya bahagian bawah pintu kereta apabila kereta diletak di tepi kekangan jalan yang agak tinggi. Juga melindungi cat kereta pemandu lain sekiranya tuan kereta dengan tidak sengaja tergesel kereta lain ketika membuka pintu keretanya.   

  • Sticker pemantul cahaya di bahagian fender belakang :

Tuan penulis kena lekat sticker ni untuk meyakinkan emaknya yang bimbang warna gelap Dark Horse menyebabkannya tidak dilihat dengan jelas pada waktu malam.

Ciri-ciri Yang Digemari

Oleh kerana tuan penulis telah (dan masih) memilik kereta Proton Saga Saga FLX 1.3, tuan penulis tidak mengharapkan pengalaman yang begitu berbeza daripada kereta lamanya. 

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 06

Memang penambahan kamera pandangan belakang dan sensor parking di hadapan kereta adalah kemudahan yang sangat dinikmati selepas bertahun-tahun kena parking kereta dengan bergantung kepada kemahiran dan keupayaan penulis untuk menganggar jarak yang selamat berpandukan bunyi sensor parking belakang sahaja. 

Akan tetapi tuan penulis dikejutkan dengan seronok apabila jasadnya bertemu kelincahan stereng dan pengendalian Dark Horse yang tangkas. Walaupun kedua-dua Ghost dan Dark Horse mempunyai kapasiti enjin dan saiz yang sama, Dark Horse jauh lebih tangkas dan lincah pergerakannya dengan radius putaran sterengnya yang lebih kecil dan lebih cepat bertindakbalas. Dilengkapi dengan palang besi penstabil di ruang enjinnya, biarpun memandu Dark Horse naik turun lebuhraya PLUS ataupun menusuk ceruk-ceruk lorong sempit di kawasan bandar Lembah Klang, menjadikan setiap episod memandu pengalaman yang lancar dan cergas.  

Walaupun hakikatnya gearbox 4AT dan enjin VVT 1.3  Dark Horse jelasnya tidak sesuai untuk berlumba, kedua-duanya sangat dioptimasi untuk menjimat kegunaan minyak, mengekalkan pecutan lancar dan mengurangkan kos penyelenggaran. Tuan penulis boleh menganggarkan mendapat jarak perjalanan kira-kira 400km untuk 20 liter minyak RON95 berbanding 360km dengan Ghost. 

Dan jika tuan penulis ingin menikmati lebih kelajuan apabila menjejak cerun bukit yang berselekoh tajam, boleh sahaja menolak kayu gear ke arah bawah untuk menggerakkan mode pacuan “S”. 

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 07

Kekurangan Yang Tidak Digemari

Walaupun kekurangan Dark Horse nyatanya bukan ketara sehingga melibatkan risiko nyawa, ianya masih menjadi punca kegusaran yang mengundang sedikit kekecewaan. 

 1. Aplikasi EasyCon berfungsi untuk memudahkan sambungan telefon pintar kepada unit paparan and informasi kereta Proton Saga 1.3 AT Premium.  EasyCon memerlukan sambungan secara kabel USB DAN juga kebenaran pengguna untuk beroperasi setiap kali tuan penulis perlu menggunakan GPS dan memainkan musik. Keperluan ini memang jelas menunjukkan bahawa walaupun Proton Saga 1.3 AT Premium menawarkan ciri-ciri dan kemudahan premium, ciri-ciri ini masih berlandaskan asasnya sebagai kereta bajet mampu milik. 

 2. Cermin pandangan tepi masih perlu dilipat dengan tangan, dan bukannya dengan menekan butanga automatik sepertimana yang didapati pada kereta model 2016 Perodua Axia G. Akan tetapi, tuan penulis masih boleh menerima kekurangan ini kerana sudut-sudut pandangan cermin tepi Dark Horse masih boleh dilaras secara automatik. 

 3. Rekabentuk bolong penghawa dingin yang lurus pada Dark Horse berbanding bolong penghawa dingin berbentuk tubular (yang lebih luas) pada Ghost :  
Mungkin designer Proton Saga 1.3 AT Premium layan rekabentuk penghawa dingin pada kereta tahun 80an dan 90an yang jenis lurus. Pada pendapat tuan penulis, rekabentuk sebegini bukan sahaja nampak pelik dan “outdated” di dalam model Proton Saga yang secara rasminya ialah model yang dinaiktaraf, tetapi juga sekaligus mengurangkan daya penyejukannya. Tuan penulis juga kecewa bahawa rekabentuk bolong pada hawa dingin model kereta Proton Saga FLX 1.3 yang menghasilkan penyejukan yang lebih ketara tidak pula tidak diwarisi oleh model Proton Saga 1.3 AT Premium.    

 4. Walaupun paparan digital untuk jarak tempuh Dark Horse sangat berguna untuk mengingati para pemandu baki di dalam tangka minyak, tuan penulis agak kecewa apabila paparan nombor tidak ditunjuk dengan tepat dan sebaliknya terus menghilang menjadi sepasang garis lurus yang berkelip-kelip apabila baki jarak tempuh minyak jatuh ke bawah 50km yang terakhirnya. 

 5. Tempat duduk belakang yang tidak boleh dilipat dengan sepenuhnya untuk menambahnya ruangan boot kereta, terutamanya apabila mengangkut barang-barang yang besar. Sebab yang utama tuan penulis sebenarnya sedikit sebanyak menghayati tempat duduk belakang Perodua Myvi yang bole dilipat sepenuhnya untuk menambahkan ruangan simpanan kereta. 

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 08

Kesimpulan

Pada harga semasanya (RM39,800 tanpa kos insuran kenderaan), tidak hairan model kereta Proton Saga 1.3 AT Premium merupakan model kereta Proton yang paling laris dijual kerana disasarkan kepada golongan pengguna yang terluas. Sebagai kereta bajet dan mampu milik yang dilengkapi dengan ciri-ciri dan kemudahan premium, Proton Saga 1.3 AT Premium menjadi pilihan untuk para pemandu yang ingin menikmati “upgrade” dan masih berjimat cermat. Bagi tuan penulis, walaupun kereta model Proton Saga 1.3 AT Premium patut diperbaiki dari segi fungsi dan rekabentuknya, ia memenuhi syarat-syarat keselamatan, pengendalian, keselesaan dan kos pemilikan dengan mantap dan cekap. 


📢📢Announcement:

After reading a countless number of Owner Review stories, are you interested in sharing your own story also? WapCar sincerely invites YOU to share the genuine feelings of your car!

Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 AT Premium - Kereta bajet dengan ciri premium, berbaloi-baloi 09

You may receive special souvenirs from WapCar! Sign up now to know more! WapCar staff will contact you shortly after you sign up.

Lien

Writer

新闻传播学毕业,从3岁开始摸汽车,挨着方向盘长大。 每天打酱油,人生很随缘。我喜欢亲手创造自己与汽车的回忆。车就像朋友一样,见证我们的起落,当你的车和你经历的多了,也就慢慢不单纯是工具了。

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda