window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Pemilik: Saya membeli Nissan X-Trail T32 2.0

Owner Review · Sep 19, 2020 11:50 AM

**Artikel ini berkisar tentang pengalaman peribadi pemilik Nissan X-Trail dan ia tidak semestinya mewakili pandangan WapCar.

Syed Muhammad Akmal


Rebiu Pemilik: Saya membeli Nissan X-Trail T32 2.0 01

Saya membeli Nissan X-Trail T32 2.0 ini pada bulan Julai 2017. Pada ketika itu, Nissan X-Trail ini telah menerima beberapa penambahbaikan ‘facelift’. Nissan X-Trail ini telah menerima lampu hadapan jenis “reflector halogen headlamp” bagi variant 2.0cc dan lampu hadapan jenis “projector headlamp” bagi variant 2.5cc.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

PROSES MEMILIH KERETA

Sebelum saya membeli kereta kesayangan ini, saya juga ada menimbangkan untuk membeli beberapa kenderaan SUV yang dikeluarkan oleh jenama terkenal dunia. Antaranya, Honda CR-V, Mitsubishi Outlander, Toyota Harrier, Mazda CX-5, Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson, Subaru Forester, Toyota Rush dan beberapa MPV seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima, Toyota Avanza, Nissan Serena dan Toyota Innova.

Namun, oleh kerana minat dan kecenderungan saya terhadap kenderaan jenis SUV, saya membeli Nissan X-Trail ini. Bukan sahaja kerana rupanya yang indah dan segak, akan tetapi prestasi ketika memandunya juga membuatkan saya mengambil keputusan untuk membelinya.

Rebiu Pemilik: Saya membeli Nissan X-Trail T32 2.0 01

Muka hadapan dan keseluruhan badan dari sisi Nissan X-Trail membuatkan ianya nampak lebih kacak dan sporty.

Rebiu Pemilik: Saya membeli Nissan X-Trail T32 2.0 02

Pandangan sisi menunjukkan kereta ini memiliki pintu masuk yang luas bagi keselesaan orang yang ingin masuk ke dalam dan ketinggian kereta ini juga mempengaruhi keselesaan ketika memandunya.

Rebiu Pemilik: Saya membeli Nissan X-Trail T32 2.0 03

Ruangan pemandu yang cukup luas dan selesa.

PENGALAMAN MEMANDU

Dari sudut pemanduan, Nissan X-Trail T32 2.0 ini merupakan sebuah kenderaan yang seronok untuk dipandu. Ketika melalui jalan yang tidak rata, tidak berturap atau jalan berbonggol, kereta ini selesa dipandu. Ketika dipandu dengan kelajuan yang tinggi, kereta ini mampu memberikan prestasi yang bagus dan dalam masa yang sama kereta ini amat stabil untuk dipandu. Kereta ini datang dengan kotak gear CVT dengan 7 transmisi automatik. Kereta ini tiada mod pemanduan tetapi sesuai dipandu kemana-mana. Dipandu laju atau perlahan, secara kasar atau berhati-hati tetap memberikan prestasi yang terbaik.

Manakala, bagi pengunaan minyak atau “fuel consumption”, secara puratanya saya dapat 10.4l/km. Saya menggunakan RON97 dan dengan harga pasaran minyak terkini, menuang “full tank” kosnya dalam anggaran RM 121.20 kerana kereta ini mempunyai 60 liter tangki minyak. Bagi saya, ianya amat menjimatkan kerana saya hanya menuang minyak seminggu atau seminggu setengah sekali (pemanduan dalam bandar). Tangki yang penuh dapat memberikan anggaran 550km-600km.

Selama 3 tahun tempoh pemanduan, bagi saya Nissan X-Trail ini merupakan kereta yang sesuai untuk membawa ahli keluarga. Bulan ini, pengembaraan saya bersama Nissan X-Trail menghampiri 80,000 km.

Tetapi, saya bakal melepaskan kereta kesayangan ini pada masa akan datang bagi memberi laluan kepada kenderaan jenis MPV.

Rebiu Pemilik: Saya membeli Nissan X-Trail T32 2.0 04

 

Owner Review

UGC

Me and My Car. This column publishes the stories of our car fans. All about owners REAL stories. Do you want to share your story?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda