window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rolls-Royce Phantom lV 1950 - kereta mendiang Queen Elizabeth ll, hanya ada 18 unit di dunia!

Faisal ยท Sep 16, 2022 04:00 PM

Rolls-Royce Phantom lV 1950 - kereta mendiang Queen Elizabeth ll, hanya ada 18 unit di dunia! 01

Kredit foto: The Telegraph.

Baru-baru ini, satu dunia dimaklumkan dengan kemangkatan Queen Elizabeth II, iaitu permaisuri negara Britain yang paling lama dalam sejarah mereka. Menariknya, beliau yang pergi pada usia 96 tahun itu meninggalkan banyak nostalgia buat industri automotif kerana beliau dikatakan minat dengan kereta. Salah satu kereta yang paling bersejarah yang beliau ada sejak dahulu adalah Rolls-Royce Phantom IV.

Rolls-Royce Phantom lV 1950 - kereta mendiang Queen Elizabeth ll, hanya ada 18 unit di dunia! 02

Bagi anda yang belum tahu, limosin ini dibina istimewa untuk kaum kerabat dan ketua negara. Model teratas Rolls-Royce yang dikeluarkan pada tahun 1950 ini kiranya sudah berusia 72 tahun. Disebabkan terlalu eksklusif, ia hanya dihasilkan sebanyak 18 unit.

Rolls-Royce Phantom lV 1950 - kereta mendiang Queen Elizabeth ll, hanya ada 18 unit di dunia! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Rolls-Royce, keluarga kerabat Britain ketika itu sedang mencari kereta untuk Puteri Elizabeth. Suaminya ketika itu, Duke of Edinburgh memandu kereta Bentley yang menggunakan enjin 8-silinder Rolls-Royce dan beliau terus terpukau dengan jentera itu.

Rolls-Royce Phantom lV 1950 - kereta mendiang Queen Elizabeth ll, hanya ada 18 unit di dunia! 01

Kredit foto: Classic Cars dari Wikipedia.

Tidak lama selepas itu, Rolls-Royce diminta untuk membina kereta terbaik di dunia untuk Puteri Elizabeth dan beliau sampailah hari terakhir kekal setia menggunakan kereta Rolls-Royce Phantom IV ini.

Rolls-Royce Phantom lV 1950 - kereta mendiang Queen Elizabeth ll, hanya ada 18 unit di dunia! 02

Kredit foto: Palm Spring Automobilist.

Secara teknikal, panjang limosin ini adalah pada 5.82 meter dan jarak rodanya sahaja mencecah 3.7 meter. Enjinnya menggunakan kapasiti 5.7L dan ia berupaya menghasilkan 166 PS.

Rolls-Royce Phantom lV 1950 - kereta mendiang Queen Elizabeth ll, hanya ada 18 unit di dunia! 03

Kredit foto: The Nostalgic.

Dari segi harga pula, kereta istimewa ini pada zaman sekarang dikatakan bernilai sekitar 850,000 US$ (~RM 3.8 juta) - 1.1 juta US$ (~RM 5 juta).

Sumber: BMW Group Classic

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Rolls-Royce Phantom Extended Wheelbase

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda