window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: BYD Atto 3 mendarat di Malaysia, RM 150k untuk EV dengan jarak 420 km!

Haris ยท Nov 11, 2022 01:00 PM

Spyshot: BYD Atto 3 mendarat di Malaysia, RM 150k untuk EV dengan jarak 420 km! 01

Sime Darby nampaknya akan melancarkan model BYD Atto 3 tak lama lagi dengan gambar intipan model SUV elektrik tersebut kini mula tertiris di laman sosial.

Tampil dengan samaran penuh serta slogan "Game Changer", pembaca Wapcar.my, Young telah mengirim beberapa foto yang kelihatan seperti BYD Atto 3 sedang dibawa di atas sebuah trak yang berkeliaran di bandar Klang, Selangor.

Spyshot: BYD Atto 3 mendarat di Malaysia, RM 150k untuk EV dengan jarak 420 km! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan kehadiran laman sosial BYD Sime Darby Malaysia yang kini rasmi di atas talian, model BYD Atto 3 telah disahkan untuk pasaran kita dan proses rundingan telah pun mencapai kata putus.

Sebagai rujukan, BYD Atto 3 berharga dari THB 1,199,900 (sekitar RM 146k) di Thailand, menjadikan harganya sangat kompetitif. Ia lebih murah daripada MG ZS EV (THB 1,269,900, atau sekitar RM 163k), selepas subsidi dan pemotongan cukai di negara jiran kita.

Spyshot: BYD Atto 3 mendarat di Malaysia, RM 150k untuk EV dengan jarak 420 km! 01

Spyshot: BYD Atto 3 mendarat di Malaysia, RM 150k untuk EV dengan jarak 420 km! 02

Walaupun penyamaran itu berbalut rapi, ia masih lagi dalam bentuk SUV yang boleh dirujuk. SUV 'misteri' ini tampil dengan dengan siluet jalur lampu belakang, tetapi perincian yang memberi petunjuk terbesar ialah rim lima jejari dua tona dengan sentuhan machine-finished.

Baca: Pelanggan di Thailand sanggup beratur malam-malam buta untuk BYD Atto 3, serupa geng iPhone?

Spyshot: BYD Atto 3 mendarat di Malaysia, RM 150k untuk EV dengan jarak 420 km! 03

BYD Atto 3 ialah sebuah crossover/SUV semua elektrik yang bersaiz sekitar Nissan Leaf atau Mazda CX-30, lebih besar sedikit daripada Honda HR-V atau Proton X50 tetapi lebih kecil daripada Honda CR-V.

Thailand kini menjual BYD Atto 3 dalam satu spesifikasi sahaja - Extended Range, yang memberikan jarak tempuh sejauh 420 km mengikut ujian WLTP daripada bateri 60.48 kWj.

Kuasa datang daripada motor elektrik yang dipasang di hadapan, cukup untuk menghamburkan 204 PS dan 310 Nm tork. Bagi tugas pengecasan, ia mempunyai pengecas Type 2 untuk pengecasan AC (sehingga 6.6 kW) dan pengecas DC - CCS 2 sehingga 80kW. Ia juga mempunyai fungsi Vehicle to Load (V2L) yang mampu membekalkan sehingga 2.2 kW untuk perkakasan elektrik kecil.

Baca: BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda