Spyshots: BMW 330Li atas treler, pelancaran 3 Series 'lebih panjang' dalam masa terdekat?
Faisal ยท Feb 18, 2021 04:16 PM
0
0
Baru-baru ini, BMW 330Li telah dilancarkan di Thailand. Menariknya, ia diperkenalkan di sana sebagai model import (CBU) dari Malaysia. Uniknya, kereta premium kompak dengan jarak roda panjang ini masih belum dilancarkan di tanah air.
Persoalannya, unit yang dilihat ini milik eksport ke Thailand atau untuk tujuan pelancaran di Malaysia?
BMW 330Li di Thailand yang memperlihatkan pintu belakang yang lebih panjang daripada BMW 3 Series konvensional
Sebelum ini, kami pernah ceritakan sebab mengapa BMW 3 Series (G20) versi panjang akan ditawarkan di pasaran Malaysia. Realitinya, ia mungkin akan dirasmikan tidak lama lagi. Dengan intipan kali ini, pelancarannya mungkin dalam masa terdekat.
Tempat duduk belakang yang luas bak limosin kerana jarak roda yang lebih panjang
Untuk itu, ikuti kami untuk maklumat terkini mengenai kereta premium kompak ala limosin seperti BMW 330Li. Model ini mungkin kena dengan jiwa anda. Siapa tahu?
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.