window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik

Amirul · Jun 14, 2021 02:00 PM

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 01

Jika dilihat pada rupa Honda CR-Z yang bersegi dan futuristik, pasti sukar dipercayai bahawa ia sudah mencapai usia 10 tahun. Ya, itulah hakikatnya.

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 02

Honda CR-Z facelift

Tetapi tahukah anda bahawa Honda CR-Z hampir tidak dapat masuk ke Malaysia? Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, telah melanjutkan pengecualian cukai eksais dan import kereta hibrid sehingga akhir 2011, maka Honda CR-Z pun dilancarkan di Malaysia. Pengecualian cukai ini dilanjutkan dua kali lagi, hingga akhir 2013.

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sepanjang tempoh hayatnya di Malaysia, kuasa keseluruhan sistem Honda CR-Z menerima sedikit penambahan, dari 124 PS dan 174 Nm kepada 136 PS dan 190 Nm. Lain dari itu, transmisi manual 6-kelajuan dan CVT automatik dikekalkan.

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 01

Secara visual, CR-Z facelift yang dikemaskini menerima perubahan pada gaya luaran, termasuk bampar dan lampu baharu. Tetapi perubahannya memang sangat minima.

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 02

Selain itu, apa yang membezakan CR-Z facelift dan sebelumnya ialah butang “S+” baharu, yang berfungsi memberikan tambahan kuasa segera. Ianya hanya didapati apabila tahap bateri sekurang-kurangnya empat bar.

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 03

Berkenaan harga, apabila Honda Malaysia melancarkan varian manual CR-Z pada 2011, ia berharga RM 115,000 – agak mampu-milik jika mengambil kira bahawa ianya CBU (diimport sepenuhnya) dari Jepun. Model CVT berharga RM 4,000 lebih mahal.

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 04

Harga meningkat sedikit semasa pengenalan model facelift pada 2013. Kedua-dua model manual dan CVT menerima kenaikan harga RM 4,000, menjadikan harganya masing-masing RM 119,000 dan RM 123,000.

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 05



Selain dari kenaikan harga, boleh dikatakan harga CR-Z masih dikira mampu milik kerana menjelang 2014, harganya naik mendadak. Dengan cukai penuh dikembalikan, Honda CR-Z dijual pada harga RM 183,000 – terlalu tinggi untuk hatchback kecil.

Maka tidak hairanlah, jualan rendah dan harganya yang agak tinggi membuatkan CR-Z dihentikan jualannya di Malaysia tidak lama kemudian.

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 06

Walaupun tidaklah berumur panjang, ‘cuti’ cukai itu sememangnya memberikan peluang memiliki kenderaan hibrid buat rakyat Malaysia. Hari ini, Honda Malaysia terus menjadi pelopor untuk menawarkan kenderaan hibrid dengan Honda City RS.

Juga baca: Honda CR-Z: Kereta sport hibrid buatan Jepun kini serendah RM43k, baloi beli ‘second hand’?

Suka atau tak, kerana Najib Razak, 10 tahun lepas Honda CR-Z dijual dengan harga mampu-milik 07

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda