window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Grand Vitara generasi 2023 mula dijual di Indonesia, harga dari RM 105k, ADAS tiada?

Faisal ยท Mar 13, 2023 12:00 PM

Suzuki Grand Vitara generasi 2023 mula dijual di Indonesia, harga dari RM 105k, ADAS tiada? 01

Kredit foto: AutoFun ID.

Setelah dipamerkan dalam acara Indonesia International Motor Show (IIMS) 2023 pada pertengahan Februari lalu, harga rasmi buat Suzuki Grand Vitara generasi baharu telahpun diumum.

Baru-baru ini, PT Suzuki Indomobil Sales mengumumkan bahawa Grand Vitara di sana ditawarkan dengan dua varian iaitu GL dan GX, masing-masing pada harga 359.4 juta IDR (~RM 105k) dan 385.4 juta IDR (~RM 112.7k). Varian warna dwi-tona untuk Grand Vitara GX pula pada 387.4 juta IDR (~RM 113.3k).

Suzuki Grand Vitara generasi 2023 mula dijual di Indonesia, harga dari RM 105k, ADAS tiada? 02

Dari segi trenkuasa, Grand Vitara di Indonesia menggunakan enjin 1.5L NA hibrid sederhana K15C (Smart Hybrid Vehicle by Suzuki (SHVS) yang menggandingkan Integrated Starter Generator ISG. Nadi ini menghasilkan 103 PS/137 Nm dan kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Grand Vitara generasi 2023 mula dijual di Indonesia, harga dari RM 105k, ADAS tiada? 01

Antara ciri yang dilengkapkan termasuklah lampu LED, infotainment 9 inci, pengecas nirwayar, head-up display (HUD), bumbung suria panoramik dan kamera 360-darjah.

Apapun, dalam aspek keselamatan, ciri bantuan autonomi ADAS tidak didatangkan langsung.

Suzuki Grand Vitara generasi 2023 mula dijual di Indonesia, harga dari RM 105k, ADAS tiada? 02

Di Malaysia, Naza Eastern Motors iaitu pengedar rasmi Suzuki katanya akan membawa masuk lebih banyak lagi model dan melihat pada trend semasa, SUV adalah pilihan utama di pasaran sekarang.

Jadi, adakah Grand Vitara yang nampak mewah ini salah satu daripada calon yang mereka akan usahakan? Sama-sama kita tunggu.

Juga bacaSuzuki Grand Vitara generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 105k, SUV 'teratas' Suzuki!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Suzuki Vitara Facelift

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda