window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki GSX250R, V-Strom 250 ditayang pengedar, pelancaran dah dekat?

Khairil ยท Oct 1, 2022 06:00 PM

Suzuki GSX250R, V-Strom 250 ditayang pengedar, pelancaran dah dekat? 01

Selepas melancarkan trio 150 cc, bukan satu rahsia yang Suzuki Malaysia bakal membawa masuk model bersesaran lebih besar ke pasaran tempatan dan antara model dicanang ialah Suzuki GSX250R dan Suzuki V-Strom 250.

Meskipun tidak mendapat informasi terus daripada pihak Suzuki Malaysia atau imej intip, menurut laporan media automotif tempatan, model itu ketika ini sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia.

Suzuki GSX250R, V-Strom 250 ditayang pengedar, pelancaran dah dekat? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan perkembangan terbaharu, salah satu pengedar Suzuki Malaysia, Eang Chun Motor Sdn Bhd menerusi hantaran Facebook rasmi mereka tampil mendedahkan imej motosikal berkenaan di ibu pejabat Suzuki Malaysia.

Kehadiran wakil Eang Chun Motor Sdn Bhd itu adalah atas jemputan Suzuki Malaysia untuk latihan produk dan sokongan teknikal.

Juga baca: Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k!

Suzuki GSX250R, V-Strom 250 ditayang pengedar, pelancaran dah dekat? 01

Langsung tidak berahsia, imej yang dikongsikan oleh Eang Chun Motor adalah model 'Sportbike' bersesaran 250 cc, Suzuki GSX250R dan Suzuki V-Strom 250.

Apa yang menarik, Suzuki V-Strom 250 yang dipamerkan adalah model yang menggunakan lampu depan berbentuk bulat yang dilihat memiliki tarikan yang tersendiri.

Suzuki GSX250R, V-Strom 250 ditayang pengedar, pelancaran dah dekat? 02

Selain Suzuki GSX250R dan juga Suzuki V-Strom 250, turut ditayangkan adalah Suzuki Raider R150 edisi istimewa Azlan Shah Kamaruzaman.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia!

Suzuki GSX250R, V-Strom 250 ditayang pengedar, pelancaran dah dekat? 03

Mengulas spesifikasi Suzuki GSX250R, ia adalah motosikal 'Sportbike' yang menggunakan enjin bersesaran 248 cc, 4 Lejang, 2 Silinder, 4 Injap, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual. Kuasa dihamburkan adalah 24.7 Hp pada 8,000 rpm dan tork 23.3 Nm pada 6,500 rpm.

Suzuki GSX250R, V-Strom 250 ditayang pengedar, pelancaran dah dekat? 04

Suzuki V-Strom 250 pula adalah motosikal bergaya 'Adventure touring' dengan trenkuasanya sama seperti Suzuki GSX250R iaitu 248 cc, 4 Lejang, 2 Silinder, 4 Injap, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual. Kuasa yang dihasilkan adalah 24 Hp pada 8,000 rpm dan tork 22 Nm pada 6,500 rpm.

Suzuki GSX250R, V-Strom 250 ditayang pengedar, pelancaran dah dekat? 05

Tidak dapat dipastikan mengenai spesikasi mahupun ciri kedua-dua model ini untuk pasaran Malaysia namun ia dijangka tidak banyak berubah berbanding model di negara Asia Tenggara lain dan untuk pelancarannya pula, kita tunggu pengumuman rasmi daripada Suzuki Malaysia tapi ia pastinya tidak lama lagi.

Juga baca: Yang baru dilancar tak cukup 'padu', ini Suzuki Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah, terhad 300 unit, harga RM 11.9k!

Sumber imej: FB Eang Chun Motor Sdn Bhd

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda