window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia!

Khairil · Jan 30, 2022 04:00 PM

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 01

Suzuki Malaysia terus meningkatkan pilihan penawarannya di pasaran tempatan menerusi kehadiran dua model menarik, Suzuki GSX-S1000 2022 dan skuter maxi Suzuki Burgman 400.

Sejak kembali 'menjejak kaki' secara rasminya ke pasaran Malaysia tahun lalu, Suzuki Malaysia sudah menawarkan beberapa model antaranya GSX-R1000, Katana, GSX-S750, V-Strom 650XT, V-Strom 1050XT, SV650 dan Hayabusa.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 01

Suzuki GSX-S1000 2022

Untuk model ‘Super-naked’ Suzuki GSX-S1000 2022, perinciannya untuk pasaran Malaysia adalah seperti di bawah:

  • Pilihan warna - Metallic Triton Blue
  • Model CBU (Import sepenuhnya) dari Jepun
  • Harga jualan RM 76,900 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). 

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 02

Spesifikasi trenkuasa Suzuki GSX-S1000, ia tampil dengan enjin bersesaran 999 cc, 4 Lejang, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, Penyejuk Cecair, DOHC yang patuh emisi Euro 5. Transmisi adalah 6 kelajuan dengan kuasa 152 PS pada 11,000 rpm dengan tork maksimum 106 Nm pada 9,250 rpm. 

Juga baca: Suzuki Hayabusa 2021 dah dilancar, ini 5 fakta menarik!

Selain reka bentuknya yang 'tajam' termasuk rekaan lampu depan 'alien', model ini turut dipadankan dengan pelbagai teknologi canggih seperti Suzuki Clutch Assist System (SCAS), Suzuki Intelligent Ride System (SIRS), Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Kawalan Traksi, Suzuki Easy Start System, Low RPM Assist dan turut memiliki 5 mod tunggangan.

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 03

Suspensi pula menggunakan fork jenis terbalik (USD) jenama KYB boleh laras sepenuhnya dan peyerap hentak tunggal belakang boleh laras (preload and rebound damping). 

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 04

Sistem brek menggunakan cakera berkembar bersama kaliper Brembo 4 angkup dan cakara tunggal kaliper Nissin (belakang) 2 angkup. Informasi lain adalah seperti ketinggian pelana 810 mm, sistem lampu LED penuh dan panel meter LCD.

Juga baca: Suzuki Belang, Suzuki GSX-R150 dan GSX-S150 diacah oleh Suzuki Malaysia, pelancaran tahun 2022!

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 05

Suzuki Burgman 400

Untuk model skuter maxi Suzuki Burgman 400, perinciannya untuk pasaran Malaysia adalah seperti di bawah:

  • Pilihan warna - Metallic Matte Sword Silver
  • Harga jualan RM 45,999 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). 

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 06

Spesifikasi trenkuasa, Suzuki Burgman 400 menggunakan enjin 400 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, 4 Injap, Suntikan Bahan Api, teknologi Twin-Spark, DOHC, yang juga patuh piawaian emisi Euro 5. Transmisi pula adalah automatik CVT.

Kuasa yang dihamburkan adalah 29 PS pada 6,300 rpm dan tork 35.2 Nm pada 4,900 rpm.

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 07

Ciri-ciri menarik selain rekaannya yang tampak elegan dan mewah, Suzuki Burgman 400 dipadankan dengan teknologi Kawalan Traksi dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan sistem lampu LED. 

Juga baca: Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan!

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 08

Suspensi menggunakan fork teleskopik 41 mm (depan) dan penyerap hentak tunggal boleh laras (preload) belakang. Menggunakan rim 15 inci depan, ia diapit brek cakera berkembar 260 mm dab cakera tunggal 210 mm belakang lengkap dengan ABS dua saluran. 

Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia! 09

Informasi lain adalah seperti ruang simpanan bawah pelana 42 liter, soket pengecas 12V, tangki bahan api 13.5 liter, lampu LED penuh dan panel meter LCD.

Juga baca: Spyshot: Suzuki uji Raider 150 Fi di Malaysia?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda