window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Satria F150 SE (2023) lancar di Indonesia, 'saudara' Raider R150 Fi yang dijual pada harga RM 9.1k!

Khairil ยท Sep 21, 2022 09:30 AM

Suzuki Satria F150 SE (2023) lancar di Indonesia, 'saudara' Raider R150 Fi yang dijual pada harga RM 9.1k! 01

Satu-satunya model kapcai 'Super moped' dalam katalog Suzuki Motor Indonesia tampil dengan kemas kini terbaharu di pasaran seberang menerusi pengenalan Suzuki Satria F150 Special Edition (2023).

Tetapi mungkin agak mengecewakan buat peminat di negara jiran itu, perubahan yang dibuat kepada versi istimewa ini hanya membabitkan kosmetik iaitu perubahan warna dan corak grafik yang didakwa lebih menarik.

Juga baca: Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Satria F150 SE (2023) lancar di Indonesia, 'saudara' Raider R150 Fi yang dijual pada harga RM 9.1k! 01

Dan hanya satu pilihan warna ditawarkan iaitu Solarize Silver – Met. Triton Blue (gabungan biru dan silver) dengan penawaran harga Rp 29,990,000 (RM 9,114) atas jalan Jakarta.

Anehnya, pilihan warna tersebut memang mirip dengan warna dan corak grafik pasukan Suzuki di pentas MotoGP musim ini, pasukan yang sah tidak lagi akan bersaing di kejuaraan itu pada musim depan.

Suzuki Satria F150 SE (2023) lancar di Indonesia, 'saudara' Raider R150 Fi yang dijual pada harga RM 9.1k! 02

Turut dikenali sebagai Suzuki Raider R150 Fi di pasaran Malaysia, Suzuki Satria F150 seperti di pasaran tempatan turut dikenali sebagai model kapcai berprestasi.

Apa yang menjadi keunggulannya adalah di bahagian trenkuasa. Seperti dinyatakan lebih awal, tiada perubahan dari sudut itu dengan Suzuki Satria F150 Special Edition (2023) ini kekal dengan padanan enjin bersesaran 150 cc, 4 Lejang, 4 Injap, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia!

Suzuki Satria F150 SE (2023) lancar di Indonesia, 'saudara' Raider R150 Fi yang dijual pada harga RM 9.1k! 03

Ia kemudian digandingan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual dengan kuasa yang dihamburkan adalah 18 Hp pada 10,000 rpm dan tork 13.8 Nm di 8,500 rpm. 

Seperti model moden lain, Suzuki Satria F150 sudah menggunakan lampu jenis LED, panel meter digital penuh, sistem penggera dan soket pengecas USB dan turut dipadankan dengan sistem 'Easy start'.

Suzuki Satria F150 SE (2023) lancar di Indonesia, 'saudara' Raider R150 Fi yang dijual pada harga RM 9.1k! 04

Di pasaran Malaysia, Suzuki Raider R150 Fi yang dilancarkan pada Mac lalu berjaya mencetus kontroversi dan dijual pada harga asas yang 2022 yang cukup mengujakan iaitu RM 8,173 ketika pelancarannya.

Juga baca: Yang baru dilancar tak cukup 'padu', ini Suzuki Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah, terhad 300 unit, harga RM 11.9k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda