window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia?

Khairil ยท Apr 13, 2022 12:00 PM

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia? 01

Suzuki V-Strom SX (2022) akhirnya dilancarkan di pasaran India, baru-baru ini yang mengakhiri penantian agak panjang peminat motosikal 'Adventure touring' bersesaran 250 cc di negara itu.

Apa yang menarik, Suzuki V-Strom SX 2022 tiba di salah satu pasaran motosikal terbesar dunia itu dengan penawaran harga mengujakan iaitu 211,600 rupee (RM 11,771) bersama tiga pilihan warna iaitu:

  • Champion Yellow
  • Glass Sparkle Black
  • Pearl Blaze Orange

Juga baca: Suzuki Hayabusa, V-Strom 1050 XT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, RM 111k dan RM 81.9k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia? 01

Champion Yellow

Dari sudut penggayaan dan reka bentuk, Suzuki V-Strom SX sememangnya mengambil inspirasi dan cukup mirip dengan 'saudaranya' dari keluarga V-Strom yang bersesaran lebih besar, lengkap dengan elemen kembara.

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia? 02

Pearl Blaze Orange

Untuk trenkuasa, enjin yang dipadankan kepada V-Strom 250 SX adalah sama dengan model Gixxer 250. Ia menggunakan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, Penyejuk Minyak, Suntikan Bahan Api, SOHC yang dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihasilkan adalah 26.1 Hp pada 9,300 rpm dengan tork 22.2 Nm pada 7,300 rpm.

Juga baca: Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k!

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia? 03

Glass Sparkle Black

Seperti motosikal ADV lain, V-Strom 250 SX 2022 turut memiliki visor angin yang tinggi, pelindung terotel, tapak khusus untuk kotak barangan serta tayar 'all-purpose'.  

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia? 04

Sistem suspensi fork teleskopik (depan), dan monoshock (belakang) dengan sistem brek menggunakan cakera depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia!

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia? 05

Seperti motosikal moden lain, V-Strom 250 SX 2022 turut dipadankan dengan panel meter digital yang lengkap dengan sambungan telefon (Suzuki Ride Connect), sistem lampu LED penuh, port USB dan Suzuki Easy Start System.

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia? 06

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Panjang 2,180 mm
  • Lebar 880 mm
  • Tinggi 1,355 mm 
  • Jarak roda 1,440 mm
  • Tinggi pelana 835 mm
  • Jarak lega bumi 205 mm
  • Berat 167 kg. 
  • Kapasiti tangki minyak 12 liter 
  • Set roda - 100/90-19, (depan), 140/70-17 (belakang)

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia? 07

Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia? 08

Tidak diketahui sama V-Strom 250 SX 2022 akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak namun melihat kepada kerancakan Suzuki Malaysia mempromosikan penawaran terbaharu mereka dalam segmen 150 cc termasuk model kapcai yang ketika ini 'panas', Suzuki Raider R150 Fi, peluang itu ada.

Juga baca: Yang baru dilancar tak cukup 'padu', ini Suzuki Raider R150 Fi Edisi Azlan Shah, terhad 300 unit, harga RM 11.9k!


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda