window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak kedekut guna Brabus G700 6x6 yang 'rare' berharga RM 5 juta untuk beri bantuan banjir!

Haris Β· Dec 20, 2021 06:30 PM

Tak kedekut guna Brabus G700 6x6 yang 'rare' berharga RM 5 juta untuk beri bantuan banjir! 01

Hujung minggu lepas, salah seorang dari kami berpeluang untuk menyaksikan Brabus G700 6x6 di atas jalan. Ketika itu, tidak diketahui dari mana atau ke mana tujuan kenderaan pacuan 6 roda tersebut yang hanya ditawarkan sebanyak 15 unit sahaja di Malaysia. Namun rupa-rupanya kenderaan tersebut pergi menabur bakti.

Menurut satu hantaran oleh Nedim Nazri Aziz, model Brabus G700 6x6 tersebut dimiliki oleh Dato’ Sri Sunny, yang merupakan seorang pengumpul kenderaan mewah terkenal di Malaysia. Ketika perjalanan malam semalam, kenderaan itu rupa-rupanya digunakan untuk menghantar bantuan banjir kepada yang memerlukan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau bukan sahaja mempunyai Brabus G700 6x6 dalam koleksinya, malah beberapa kenderaan yang jarang ditemui (dan mewah) juga dimilikinya seperti Aston Martin Cygnet, Lamborghini Aventador dan Rolls Royce Phantom.

Tak kedekut guna Brabus G700 6x6 yang 'rare' berharga RM 5 juta untuk beri bantuan banjir! 01

Foto: dss.sunny

Untuk model Brabus G700 6x6 ini, ia merupakan sebuah model ‘naik taraf’ daripada model Mercedes-Benz G63 AMG 6x6. Model Mercedes-Benz G63 6x6 tidak ditemui dalam pasaran pemanduan sebelah kanan namun pada tahun 2015, Naza Brabus telah menempah sejumlah 15 unit Brabus G700 6x6 untuk pemanduan sebelah kanan dan inilah model yang dimiliki oleh Dato’ Sri Sunny ini.

Model Mercedes-Benz G-Wagon itu sendiri sudah cukup berkuasa, dengan enjin 5.5 liter V8 bi-turbo DOHC 32-injap yang menghasilkan 536 hp dan 760 Nm yang ditala oleh AMG.

Tak kedekut guna Brabus G700 6x6 yang 'rare' berharga RM 5 juta untuk beri bantuan banjir! 02

Gambar dari Alain Motors

Namun, Brabus telah meningkatkan beberapa komponen untuk Brabus G700 6X6 yang menggunakan enjin yang sama, tetapi pengecas turbo lebih besar, downpipe ditukar ke saiz yang lebih besar dan catalytic converter turut digantikan dengan unit yang mengurangkan back pressure. Program ECU turut ditukar, dan hasilnya, Brabus G700 6x6 menjana 690 hp dan 956 Nm.

Menurut sumber Careta lagi, 956 Nm adalah had yang mampu dihamburkan supaya tork tidak ‘menjahanamkan’ enjin tersebut. Transimisi bagi Brabus G700 ini adalah automatik 7G-Tronic AMG Speedshift Plus dengan pacuan enam roda.

Harga sebelum cukai bagi Brabus G700 6x6 ini adalah sekitar RM 3.35 juta. Anggaran harga selepas cukai pula adalah sekitar RM 5 juta. Melihat harga tersebut, mungkin ramai yang akan menyimpan kenderaan ini dalam garaj namun tidak bagi seorang dermawan.

Baca: Garaj Ketua Pemuda UMNO jadi bualan netizen Singapura, dah macam bilik pameran ‘supercar’!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mercededs-Benz G-Class 350 d

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda