window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Teknologi baharu tapi varian Hybrid & PHEV untuk Kia Sorento 2023 tak akan masuk Malaysia?

Faisal · Mar 6, 2023 01:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Teknologi baharu tapi varian Hybrid & PHEV untuk Kia Sorento 2023 tak akan masuk Malaysia? 01

Secara global, terdapat dua lagi trenkuasa iaitu 1.6L turbo hibrid dan hibrid plug-in, masing-masing dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Apabila ditanya mengenai trenkuasa elektrifikasi itu sewaktu majlis tersebut berlangsung, Pengarah Urusan Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Dato’ Wong Kin Foo menjawab bahawa ia tidak akan ditawarkan di Malaysia kerana struktur cukai yang tidak mengizinkan, sekaligus boleh melonjakkan harga. Isu petrol yang sesuai juga menjadi faktor.

Teknologi baharu tapi varian Hybrid & PHEV untuk Kia Sorento 2023 tak akan masuk Malaysia? 02

Menurut beliau, trenkuasa hibrid itu dibangunkan untuk piawaian kadar pelepasan di Eropah. Jadi, kualiti petrol yang diperlukan sekurang-kurangnya adalah Euro 6.

Gred petrol di Malaysia pula masih di takuk Euro 4.

Teknologi baharu tapi varian Hybrid & PHEV untuk Kia Sorento 2023 tak akan masuk Malaysia? 03

Mengenai enjin PHEV yang satu lagi, Dato’ Wong menjelaskan bahawa, “Pengecualian cukainya tidak diberi macam kenderaan EV. PHEV pula mahal. Jadi, kami tidak akan memperkenalkan varian itu”.

Teknologi baharu tapi varian Hybrid & PHEV untuk Kia Sorento 2023 tak akan masuk Malaysia? 04

Varian 2.5 2WD.

Kalau anda nak tahu, Malaysia tidak lagi menawarkan insentif cukai buat kereta hibrid. Insentif Energy Efficient Vehicles (EEV) pula masih ada tetapi tidak terkandung sebarang diskaun cukai eksais buat hibrid dan hibrid plug-in.

Teknologi baharu tapi varian Hybrid & PHEV untuk Kia Sorento 2023 tak akan masuk Malaysia? 05

Kalau anda perasan, sesetengah jenama mewah seperti BMW dan Mercedes-Benz, ataupun Volvo masih dapat menawarkan hibrid plug-in pada harga menarik tetapi itu pun di atas rundingan orang dalam.

Apapun, Dato’ Wong memberitahu bahawa Kia Malaysia masih akan pasang Kia Sorento 2023 varian hibrid, iaitu untuk pasaran eksport seperti Thailand. Kalau anda nak tahu, kilang Inokom di Kulim adalah hab produksi serantau Kia untuk Asia Tenggara.

Teknologi baharu tapi varian Hybrid & PHEV untuk Kia Sorento 2023 tak akan masuk Malaysia? 06

Varian 2.5 2WD.

Teknologi baharu tapi varian Hybrid & PHEV untuk Kia Sorento 2023 tak akan masuk Malaysia? 07

Mengenai Kia Sorento baharu di Malaysia, pembeli ditawarkan dengan varian 2.5 2WD 7-seater, 2.5 AWD 6-seater dan 2.2D AWD 6-seater, masing-masing pada harga RM 211,498, RM 235,498 dan RM 255,228.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Kia Sorento 2.2D AWD 6-seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda