window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tertiris, Honda Winner X bakal dikenali RS-X di pasaran Malaysia. Menarik atau kurang 'umph'!

Khairil ยท Oct 16, 2021 06:00 PM

Tertiris, Honda Winner X bakal dikenali RS-X di pasaran Malaysia. Menarik atau kurang 'umph'! 01

Sekalipun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan Boon Siew Honda, bukan lagi rahsia 'Super moped' yang dinanti-nantikan ramai peminat kapcai di negara ini, Honda Winner X akan dilancarkan tidak lama lagi.

Apa tidaknya, hampir kesemua kedai motosikal di seluruh negara sudah pun menyiarkan iklan mengenai model berkenaan dengan tempahan sudah pun dibuka termasuk di cawangan Honda Impian X.

Juga baca: Tak lama lagi, Honda Winner X sudah boleh ditempah di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tertiris, Honda Winner X bakal dikenali RS-X di pasaran Malaysia. Menarik atau kurang 'umph'! 01

Dikenali sebagai Honda Winner X di pasaran Vietnam, begitupun model berkenaan hampir pasti akan menggunakan nama berbeza di pasaran Malaysia.

Ini berikutan dokumen permohonan paten yang dibuat oleh Honda Motor Co. LTD kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan nama RS-X berkenaan dikatakan merujuk kepada model Winner X. Imej dokumen berkenaan sudah pun terdedah.

Juga baca: Honda Winner X (RS150 V3) terlihat di Malaysia. Tarikh pelancaran makin dekat?

Tertiris, Honda Winner X bakal dikenali RS-X di pasaran Malaysia. Menarik atau kurang 'umph'! 02

Sumber imej: Arena Motosikal

Justeru, kemungkinan untuk Honda Winner X hadir sebagai RS-X cukup besar yang dilihat mempunyai kesinambungan daripada model terdahulu dikenali sebagai Honda RS150R.

Tertiris, Honda Winner X bakal dikenali RS-X di pasaran Malaysia. Menarik atau kurang 'umph'! 03

Honda RS150R

Apapun, ia bukan sesuatu yang pelik kerana di Vietnam, Honda RS150R turut dikenali sebagai Honda Winner di negara berkenaan dengan model paling baharu dikenali sebagai Winner X.

Juga baca: Masih menunggu di Malaysia, Honda Winner X generasi baharu bakal dilancar di Vietnam?

Sekalipun bernadikan trenkuasa yang sama, Honda Winner X tampil dengan rekaan cukup berbeza berbanding versi Winner terdahulu dengan peningkatan beberapa ciri termasuk penggunaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Tertiris, Honda Winner X bakal dikenali RS-X di pasaran Malaysia. Menarik atau kurang 'umph'! 04

Di Vietnam, popularitinya berjaya mengatasi sebuah lagi Super Moped popular keluaran Yamaha, Y15ZR yang memaksa syarikat berkenaan mengeluarkan model terbaharu, Yamaha Exciter 155 atau Y16ZR di Malaysia.

Berbalik kepada penggunaan nama Honda RS-X, boleh dikatakan ia adalah pilihan yang agak menarik namun keputusan akhir pastinya masih bergantung kepada keputusan Boon Siew Honda. 

Tertiris, Honda Winner X bakal dikenali RS-X di pasaran Malaysia. Menarik atau kurang 'umph'! 05

Dan berdasarkan maklumat, model ini bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh terdekat dengan jangkaan tarikh pelancaran adalah pada November ini. Sama-sama kita nantikan.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda