window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR)

Khairil · Jun 1, 2021 07:00 PM

Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) 01

Sejak dilancarkan buat pertama kali pada penghujung tahun lalu di Vietnam, motosikal 'Supermoped' terbaharu Yamaha, Exciter 155 VVA atau dikenali Y16ZR serta Sniper 155 sememangnya mencetus fenomena.

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

Selepas Vietnam, Malaysia menjadi negara kedua melancarkan jentera berkenaan di pasaran diikuti Filipina dan terbaharu, Singapura.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) 01

Berdasarkan lawan web pengedar tunggal jenama berkenaan di negara Seberang Tambak itu, Hong Leong Corporation - Yamaha Motor Singapore, jentera berkenaan sudah pun berada di pasaran.

Tidak seperti di Malaysia yang menggunakan nama Y16ZR 2021, jentera berkenaan dikenali sebagai Yamaha Sniper 155, sama seperti di pasaran Filipina.

Juga baca: Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) tiba di Filipina, dua varian, harga bermula RM 9,903!

Tetapi tidak seperti Filipina di mana ia dijual dalam dua varian iaitu Yamaha Sniper 155 dan Sniper 155R, hanya satu varian dijual di Singapura.

Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) 02

Dari sudut spesifikasi pula, Yamaha Sniper 155 2021 untuk pasaran Singapura hampir sama seperti Yamaha Y16ZR 2021 di pasaran Malaysia atau varian Sniper 155R di Filipina namun ia tidak dilengkapi dengan sistem klac Assist & Slipper.

Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) 03

Maklumat ini diperoleh daripada laman web Hong Leong Corporation - Yamaha Motor Singapore sendiri.

Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) 04

Begitupun, tiada perubahan dari sudut trenkuasa dan reka bentuk. Ia menggunakan enjin bersesaran 155 cc, VVA, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, SOHC, 4 Injap dengan kuasa yang dihasilkan ialah 17.7 Hp pada 9,500 rpm dengan tork 14.4 Nm pada 8,000 rpm. Sistem transmisi adalah enam kelajuan.

Juga baca: Mana lagi ‘sedap’, Yamaha Y155ZR VVA atau Y15ZR V3?

Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) 05

Ciri-ciri menarik lain yang didatangkan pada motosikal ini ialah panel meter digital, sistem kunci pintar, soket pengecas DC 12V, lampu depan dan belakang LED, dan tangki bahan api 5.4 liter.

Tiba giliran Singapura terima Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) 06

Untuk pilihan warna, tiga pilihan diberikan iaitu Blue, Yellow Hornet dan Black. Berdasarkan laman web singaporebikes.com, ia dijual pada tanda harga S$ 12,870 (RM 40,236) termasuk COE (Certificate of Entitlement) tanpa insuran.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda