window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tonik tambahan buat Damok, dapat tajaan RCB hadapi GP Malaysia 2022!

Khairil · Sep 13, 2022 01:00 PM

Tonik tambahan buat Damok, dapat tajaan RCB hadapi GP Malaysia 2022! 01

Satu lagi khabar gembira diperoleh pelumba 'wildcard' negara dalam kelas Moto3, Syarifuddin Azman menjelang Grand Prix (GP) Malaysia 2022, Oktober ini menerusi tajaan syarikat pengeluar komponen sokongan prestasi motosikal terkemuka, RCB

RCB menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA, yang juga syarikat induk kepada jenama itu, Bruce Lee Cong Quan berkata pihaknya berbangga dengan peluang kerjasama dengan pelumba muda yang membawa cabaran negara di Sepang nanti.

Tonik tambahan buat Damok, dapat tajaan RCB hadapi GP Malaysia 2022! 02

Syarifuddin Azman (kiri), Bruce Lee dan Zulfahmi Khairuddin (kanan)

“Seperti rakyat Malaysia lain, RCB amat berbangga dengan peluang yang diperoleh Damok untuk beraksi di Sepang," kata Bruce Lee.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Damok adalah seorang pelumba muda berbakat tinggi. Jadi kami di RCB mengiktiraf potensinya dan yakin beliau akan terus berkembang maju dalam kariernya.

Juga baca: Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok

Tonik tambahan buat Damok, dapat tajaan RCB hadapi GP Malaysia 2022! 01

“Kami sedar saingan Moto3 dunia ini adalah cukup sengit dan kompetif. Namun, RCB yakin dengan sokongan padu yang diberikan oleh kami dan puluhan ribu penyokong tempatan di Sepang, Damok mampu membuat keajaiban dan membanggakan kita semua,” katanya.

Damok dalam pada itu menyeru kehadiran penyokong tempatan untuk ke Sepang yang disifatkan mampu meningkatkan semangat juangnya.

Tonik tambahan buat Damok, dapat tajaan RCB hadapi GP Malaysia 2022! 02

Ketua Pegawai Eksekuti SIC, Azhan Shafriman Hanif (dua kanan) turut hadir pada majlis tajaan.

"Saya juga berharap di Sepang nanti penuh dengan sokongan rakyat Malaysia, datang menyokong saya dan pelumba lain. Saya mengharapkan perkara seperti itu, untuk lebih bersemangat lagi," katanya.

Turut hadir pada majlis tajaan berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif dan Pengurus Pasukan, Zulfahmi Khairuddin yang juga bekas pelumba negara di perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia dan Kejuaraan Superbike Dunia.

Tonik tambahan buat Damok, dapat tajaan RCB hadapi GP Malaysia 2022! 03

Damok ketika diumumkan sebagai pelumba 'wildcard' GP Malaysia 2022

Sebagai info, GP Malaysia yang dijadual berlangsung  di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 21 hingga 23 Oktober ini adalah penampilan sulung Damok di Kejuaraan Motosikal Dunia di gelanggang sendiri.

Juga baca: Dicabar 'mainkan' lagu Negaraku di GP Malaysia 2022, ini respon Damok!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda