window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota bZ3 sah untuk China - 'EV Corolla' guna bateri LFP BYD, jadi saingan Tesla Model 3

Mersita · Oct 27, 2022 09:00 AM

Toyota bZ3 sah untuk China - 'EV Corolla' guna bateri LFP BYD, jadi saingan Tesla Model 3 01

Toyota baru saja mengumumkan model kedua dalam siri bZ-nya, iaitu Toyota bZ3. Model kereta elektrik berbateri (BEV) ini dibangunkan bersama untuk pasaran China oleh Toyota, BYD, dan FAW Toyota.

Sama seperti Toyota bZ4X, bZ3 dibina di atas platform e-TNGA yang dikatakan memberikan prestasi pemanduan lebih responsif, pusat graviti rendah, dan kestabilan pengendalian yang hebat.

Toyota bZ3 sah untuk China - 'EV Corolla' guna bateri LFP BYD, jadi saingan Tesla Model 3 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

bZ3 menggunakan bateri LFP litium-ion dari BYD dengan jarak perjalanan sehingga 600 km menurut ujian China Light-Duty Vehicle Test Cycle (CLTC). Bagaimanapun, info lanjut seperti saiz dan kebolehan pengecasannya masih belum didedahkan. Maklumat tentang trenkuasanya juga masih satu rahsia tersemat rapi.

Toyota bZ3 sah untuk China - 'EV Corolla' guna bateri LFP BYD, jadi saingan Tesla Model 3 01

Bagi rekaan luarannya, bZ3 menampilkan format rekaan ala-jerung ‘hammerhead’ yang sinonim dengan siri bZ. Bucu bampar BEV ini bertumpukan pemandu udara dan langsir udara; manakala pemegang pintu rata, rim aluminium, dan bampar belakangnya dibentuk teliti bagi mengurangkan hasil rintangan angin dalam aerodinamik dengan nilai pekali seret pada 0.218 Cd.

Toyota bZ3 sah untuk China - 'EV Corolla' guna bateri LFP BYD, jadi saingan Tesla Model 3 02

Toyota bZ3 mempunyai ukuran 4,725 mm panjang, 1,835 mm lebar, 1,475 mm tinggi, dan jarak roda sepanjang 2,880 mm. Sebagai rujukan, Toyota Corolla Altis berukuran 4,630 mm panjang, 1,780 mm lebar, dan 1,435 mm tinggi berserta jarak roda 2,700 mm.

Toyota bZ3 sah untuk China - 'EV Corolla' guna bateri LFP BYD, jadi saingan Tesla Model 3 03

Bagi ruang kabinnya pula, Toyota bZ3 menampilkan skrin paparan tengah menegak yang besar dengan konsol jenis dulang yang digelar ‘Digital Island’. Penghawa dingin, muzik, pembuka bonet, dan kawalan-kawalan lain diintegrasikan di dalam sistem paparannya. Ia juga dilengkapi sambungan telefon pintar dan pengecas nirwayar.

Seperti laporan terdahulu, Toyota bZ3 akan dihasilkan di kilang FAW di Tianjin, China – dibina di barisan pemasangan sama dengan bZ4X. Ikuti kami di FB WapCar – BM untuk dapatkan berita terkini dan lebih banyak maklumat bakal terdedah sebelum pelancarannya di China.

Juga baca: Toyota bZ3, sedan EV khusus untuk China, harga 30% lagi murah daripada Tesla Model 3!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia