window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMW jangka jualan ‘minimal’ Toyota dan Perodua berterusan, kurang 2,000 unit sebulan?

Haris · Jul 27, 2021 02:00 PM

UMW jangka jualan ‘minimal’ Toyota dan Perodua berterusan, kurang 2,000 unit sebulan? 01

UMW Holdings Bhd menjangkakan penjualan kenderaan Toyota (UMWT) dan Perodua pada tahap minimum pada bulan Julai 2021. Ini berikutan dari Program Pemulihan Nasional Fasa 1 yang bermula 17 Julai 2021 di negeri-negeri utama di Malaysia.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan mengatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Penuh 3.0 (FMCO) yang berterusan telah memberi kesan buruk kepada sektor automotif domestik, dengan hanya 1,921 unit terjual pada bulan Jun 2021.

Dari jumlah itu, UMW Toyota Motor (UMWT) hanya menjual 85 unit kenderaan, sementara Perodua menjual 1,009 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

UMW jangka jualan ‘minimal’ Toyota dan Perodua berterusan, kurang 2,000 unit sebulan? 01

"Bilik pameran dalam talian terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa PKPD. Bilik pameran dalam talian Toyota, Lexus dan Perodua semakin mendapat perhatian, kerana pengguna secara beransur-ansur bergerak menuju platform elektronik semasa fasa kawalan pergerakan penuh,” kata UMW.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Bhd, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata Toyota dan Perodua tidak mempunyai alternatif lain selain pemasaran dan jualan dalam talian, untuk mengimbangi ketiadaan pelanggan yang datang ke bilik pameran.

UMW jangka jualan ‘minimal’ Toyota dan Perodua berterusan, kurang 2,000 unit sebulan? 02

Menurut beliau lagi, kedua-dua jenama ini mempunyai kadar tempahan yang baik untuk dipenuhi, selepas sekatan pergerakan dikurangkan.

"Sekaran pergerakan berpanjangan telah memberi kesan buruk kepada keseluruhan rantaian bekalan di sektor automotif, terutamanya pada industri pembuatan komponen.

UMW jangka jualan ‘minimal’ Toyota dan Perodua berterusan, kurang 2,000 unit sebulan? 03

"Akibatnya, eksport komponen automotif juga terjejas, sehingga mengganggu rantaian bekalan global Toyota.

"Kumpulan ini tetap berharap agar sekatan pergerakan dapat dikurangkan dan bergantung pada pematuhan ketat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19," ujar beliau lagi.

Sementara itu, UMW turut menyambut baik sekiranya kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan (SST) hingga 31 Disember tahun ini, dengan harapan bahawa kumpulan itu dapat membantu mempercepatkan pemulihan industri automotif.

UMW jangka jualan ‘minimal’ Toyota dan Perodua berterusan, kurang 2,000 unit sebulan? 04

Ahmad Fuaad berkongsi bahawa UMW tetap yakin dengan potensi pertumbuhan industri automotif Malaysia.

"UMW baru-baru ini mengumumkan akan melabur sebanyak RM270 juta untuk pembuatan kenderaan elektrik hibrid tempatan (HEV), sebagai langkah untuk memajukan inisiatif karbon neutral dan menawarkan pilihan kenderaan yang lebih luas, termasuklah varian hybrid electric vehicle (HEV) yang lebih moden.

UMW jangka jualan ‘minimal’ Toyota dan Perodua berterusan, kurang 2,000 unit sebulan? 05

Toyota Corolla Cross hybrid, Thailand

"Tanpa sekatan pergerakan berterusan dan gangguan pada cip semikonduktor global, UMW menjangkakan momentum penjualan automotif akan berlanjutan, terutamanya dengan lanjutan pengecualian cukai jualan.

"Kami menghargai langkah kerajaan untuk mendukung sektor automotif. Kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan berterusan terhadap produk dan perkhidmatan kami, walaupun menghadapi banyak cabaran,” katanya.

Bacaan Lanjut:

Hanya 1,921 jualan kenderaan direkodkan ketika ‘lockdown’ bulan Jun 2021 - MAA

MAA jangka jualan kereta tahun 2021 merudum 12%, hanya 500k unit sahaja setahun!

Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda