Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah!

Khairil ยท Aug 16, 2021 05:00 PM

Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah! 01

Pilihan warna untuk model 'Sportbike' hangat, Honda CBR250RR di Indonesia meningkat menerusi penawaran warna baharu versi 2022 yang menarik iaitu Bravely Red Black.

Lebih menarik, pilihan warna terbaharu yang lebih segar dan sporty itu ditawarkan untuk ketiga-tiga varian Honda CBR250RR yang ditawarkan oleh PT Astra Honda Motor (AHM) di negara berkenaan iaitu STD, SP dan SP QS (Quick Shifter).

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25,999

Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah! 01

Malah, tiada peningkatan harga ditunjukkan bagi versi terbaharu itu berbanding versi terdahulu.

Untuk varian CBR250RR STD 2022, harga yang ditawarkan ialah 66.2 juta rupiah (RM 19,519), CBR250RR SP 2022 ialah 72.8 juta rupiah (RM 21,466) dan varian tertinggi CBR250RR SP QS 2022 adalah 76.8 juta rupiah (RM 22,645).

Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah! 02

Sebagai info, untuk CBR250RR STD atau standard, ia tidak dilengkapi dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan versi SP mempunyai sistem berkenaan dan klac Assist & Slipper.

Juga baca: Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297
Varian tertinggi iaitu SP QS pula mempunyai segala ciri-ciri menarik seperti Honda CBR250RR yang dijual di Malaysia iaitu tampil dengan ABS, klac Assist & Slipper serta tambahan teknologi Quick Shifter.

Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah! 03

Selain tambahan warna baharu, piihan warna sedia adalah seperti Tricolor (CBR250RR SP QS), Racing Red (CBR250RR SP dan CBR250RR SP QS), Mat Gunpowder Black Metallic (CBR250RR dan CBR250RR SP) serta Black Freedom untuk varian CBR250RR STD turut dikekalkan.

Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah! 04

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa dengan Honda CBR250RR 2022 masih dikuasakan enjin 249.7 cc, 4 Lejang, 8 Injap, 2 Silinder yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu!

Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah! 05

Kuasa yang dihasilkan ialah 41 Ps pada 13,000 rpm dengan tork 25 Nm pada 11,000 rpm.

Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah! 06

Sebagai antara Sportbike aras mula paling hangat di pasaran ketika ini, Honda CBR250RR memiliki ciri canggih seperti Throttle By Wire dengan tiga mod tunggangan, panel instrumen digital LCD, sistem lampu LED penuh, fork depan USD, suspensi belakang boleh laras 5 tetapan dan lengan ayun aluminium.

Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah! 07

Honda CBR250RR turut dijual di pasaran Malaysia dan dilancarkan pada Disember lalu dengan dua pilihan warna, Winning Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Versi 2022 Honda CBR250RR tiba di Indonesia, warna baharu, harga tak berubah! 08

Dengan harga asas RM 25,999, ia dianggap berpatutan berikutan ciri-ciri canggih yang ditawarkan oleh motosikal berkenaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru