window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Penunggang basikal turun bukit ‘bersepah’ langgar Toyota Alphard, basikal tak salah?

Mersita · Mar 7, 2022 11:00 AM

(Video) Penunggang basikal turun bukit ‘bersepah’ langgar Toyota Alphard, basikal tak salah? 01

Tular satu rakaman video menunjukkan seorang penunggang basikal merempuh bahagian sisi sebuah Toyota Alphard setelah turun dari bukit dengan kelajuan tinggi dalam satu kejadian di Bukit Tunku pada pagi Sabtu lalu.

Jika diamati dari video berkenaan, Alphard tersebut membelok ke kanan walaupun ada trafik bergerak di laluan lurus. Pihak manakah yang bersalah dalam kemalangan sebegini?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin bin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 5 Mac 2022 jam kira-kira 10.11 pagi di Jalan Nusa Bukit Tunku, Kuala Lumpur yang melibatkan sebuah Toyota Alphard yang membelok ke simpang kanan dan dilanggar oleh sebuah basikal yang sedang menuruni bukit dengan laju.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang basikal berumur 17 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu motokar (Alphard) tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Baca juga: Hobi berbasikal tak kena pada tempatnya, kereta pula yang kena usaha untuk elak?

(Video) Penunggang basikal turun bukit ‘bersepah’ langgar Toyota Alphard, basikal tak salah? 01

Menurutnya, penunggang basikal dan pemandu Alphard terlibat telah hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee. “Kes disiasat di bawah Rule 3(2)(b) LN 166/59 (Tiada memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus sebelum melintas laluan kenderaan itu),” tambahnya lagi.

Baca juga: Dah macam Sarkas kayuh basikal tinggi di jalan raya, kejadian di 'Ganu', ramai yang risau!

Video tular di media sosial itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Seperti ramai sudah sedia maklum, reputasi penunggang basikal di Malaysia bukanlah begitu ‘cantik’ dek dicemari pelbagai kes penunggang basikal yang dikatakan menunggang secara berbahaya.

Segelintir netizen mengatakan yang Alphard terlibat sepatutnya berhenti dan memberi laluan sebelum membelok di simpang. Ada juga yang beranggapan penunggang basikal berkenaan bergerak pada kelajuan yang tidak selamat.

Baca juga: Kayuh basikal di lebuh raya, denda RM 5k, penjara 12 bulan nanti pesalah!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda