window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bocor: Toyota Innova Zenix 2023 diintip di Indonesia, ada bumbung suria dan nampak ala SUV!

Faisal Β· Nov 9, 2022 04:00 PM

Bocor: Toyota Innova Zenix 2023 diintip di Indonesia, ada bumbung suria dan nampak ala SUV! 01

Setelah imej rasmi pertama dikeluarkan pada beberapa minggu lepas, Toyota Innova Zenix 2023 kini nampaknya terdedah tanpa seurat benang melalui satu intipan yang dijumpai oleh Kompas Otomotif.

Bocor: Toyota Innova Zenix 2023 diintip di Indonesia, ada bumbung suria dan nampak ala SUV! 02

Menurut mereka, intipan ini dijumpai di daerah Karawang iaitu berdekatan dengan kilang Toyota Indonesia. Apapun, hanya bahagian depan sahaja yang dapat dilihat dan apa yang kami boleh katakan adalah ia nampak premium.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bocor: Toyota Innova Zenix 2023 diintip di Indonesia, ada bumbung suria dan nampak ala SUV! 01

Gril berbentuk trapezoid yang terpampang membuatkannya nampak seperti sebuah crossover. Macam Corolla Cross dan Highlander pun ada.

Bocor: Toyota Innova Zenix 2023 diintip di Indonesia, ada bumbung suria dan nampak ala SUV! 02

Selain itu, intipan mereka juga berjaya mendedahkan bahagian suku depan yang mana profil Innova generasi baharu ini jelas kelihatan. Kalau anda perhatikan betul-betul, ia tidak nampak macam MPV tradisional, sebaliknya ia ada unsur badan SUV, sama macam yang dibuat pada Toyota Veloz.

Bocor: Toyota Innova Zenix 2023 diintip di Indonesia, ada bumbung suria dan nampak ala SUV! 03

Menariknya, bumbung suria pun dapat dilihat pada intipan ini.

Juga bacaToyota Innova Zenix 2023 akan ada bumbung suria panoramik, eksklusif buat sesetengah pasaran Asia Tenggara!

Bocor: Toyota Innova Zenix 2023 diintip di Indonesia, ada bumbung suria dan nampak ala SUV! 04

Kalau mata anda cukup tajam, anda akan perasan bahawa ada lencana pada bahagian pintu depan. Bagi anda yang belum tahu, dalam iklan rasmi Toyota, lencana tersebut adalah β€˜Hybrid’. Namun begitu, logo Toyota dalam intipan ini tidak berwarna biru. Jadi, lencana apa lah agaknya ya?

Bocor: Toyota Innova Zenix 2023 diintip di Indonesia, ada bumbung suria dan nampak ala SUV! 05

Enjin 2.0L hibrid Dynamic Force yang diguna pada Corolla Cross Hybrid di pasaran Amerika.

Apapun, setakat ini, trenkuasa yang bakal diguna pada Innova Zenix masih belum dapat disahkan tetapi ia mungkin hadir dengan enjin 2.0L NA Dynamic Force konvensional dan juga hibrid. Kedua-duanya akan dipadankan dengan transmisi CVT yang memandu roda depan.

Juga bacaToyota Innova Zenix baharu disahkan guna enjin hibrid, kongsi 1.8L dengan Corolla Cross Hybrid?

Bocor: Toyota Innova Zenix 2023 diintip di Indonesia, ada bumbung suria dan nampak ala SUV! 06

Lakaran oleh Andra Febrian Design.

Platform yang bakal digunakan juga adalah jenis TNGA-C.

Untuk perkembangan lanjut, nantikan laporan terbaru dari kami.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda