window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova Zenix baharu disahkan guna enjin hibrid, kongsi 1.8L dengan Corolla Cross Hybrid?

Haris Β· Nov 3, 2022 05:00 PM

Toyota Innova Zenix baharu disahkan guna enjin hibrid, kongsi 1.8L dengan Corolla Cross Hybrid? 01

Toyota Indonesia nampaknya telah mengesahkan bahawa model baharu Toyota Innova akan menggunakan trenkuasa hibrid.

Pengesahan itu dipaparkan di laman rasmi dan sosial Toyota Indonesia dengan kapsyen "The New Energy Is Coming" beserta lencana hibrid yang terpampang pada bahagian pintu bawah cermin sisi pemandu.

Sebelum ini, Toyota Indonesia telah mengacah rekaan baharu Toyota Innova Zenix yang kelihatan jauh lebih moden dan menarik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Toyota Innova Zenix 2023 acah gril hadapan - hadir dengan platform TNGA, pacuan depan dan enjin hibrid?

Ketika ini, Toyota Indonesia mempunyai 4 model hibrid iaitu Toyota Corolla Cross Hybrid, C-HR Hybrid, Corolla Altis Hybrid, dan Camry Hybrid.

Tiga model terawal menggunakan enjin 4-silinder 1.8 liter kitaran Atkinson petrol 2ZR-FXE yang dipadankan dengan motor elektrik.

Model mercu Toyota Camry Hybrid di pasaran itu pula menerima enjin 4-silinder 2.5 liter A25A-FKS yang menghamburkan 178 PS dan 202 Nm tork dengan bantuan transmisi automatik CVT. Terdapat bantuan motor elektrik yang menambah 20.6 PS untuk lebih kuasa dan penjimatan minyak.

Toyota Innova Zenix baharu disahkan guna enjin hibrid, kongsi 1.8L dengan Corolla Cross Hybrid? 01

Masih belum terdapat sebarang pengesahan enjin hibrid mana yang akan ditawarkan.

Spekulasi mengenai Toyota Innova varian petrol pula mendakwa enjin 2.0L aspirasi semulajadi 1TR-FE (139 PS/183 Nm) dengan padanan transmisi automatik 6-kelajuan akan digugurkan.

Penggantinya, enjin 2.0L aspirasi semulajadi Dynamic Force M20A-FKS (julat kuasa mampu melebihi 170 PS dan 200 Nm) hadir dengan transmisi automatik CVT.

Enjin bersiri M20A-FKS juga mempunyai varian hibrid yang hanya dijual di pasaran Eropah setakat ini. Adakah imej acah ini juga petanda bahawa enjin 2.0L hibrid akan menyusul ke ASEAN? Sama-sama kita nantikan.

Baca: Ramalan trenkuasa pada Toyota Innova generasi 2023, 2.0L, enjin hibrid ada nadi Lexus?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda