window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VinFast langkau Malaysia, bakal masuk ke pasaran Indonesia terlebih dahulu?

Haris ยท Sep 1, 2021 11:59 AM

VinFast langkau Malaysia, bakal masuk ke pasaran Indonesia terlebih dahulu? 01

Vinfast, jenama automotif nasional dari Vietnam dilaporkan bakal mengembangkan perniagaannya ke Indonesia. Langkah ini menjadikan Indonesia sebagai negara terawal di ASEAN yang menerima Vinfast, malah melangkaui 2 negara yang lebih dekat daripada Vietnam seperti Thailand dan Indonesia.

VinFast langkau Malaysia, bakal masuk ke pasaran Indonesia terlebih dahulu? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Otodriver, tinjauan terhadap Pangkalan Data Kekayaan Intelektual Kemenkumham Republik Indonesia mendapati bahawa jenama Vinfast telah didaftarkan di negara tersebut. Selain itu, 2 model yang terdiri daripada model sedan dan SUV dari Vinfast juga sudah didaftarkan.

Baca: VinFast buat laporan polis kerana tak puas hati, YouTuber kritik jenama kereta Vietnam tersebut!

VinFast langkau Malaysia, bakal masuk ke pasaran Indonesia terlebih dahulu? 01

Vinfast Lux SA 2.0

Model pertama adalah Vinfast Lux SA 2.0. SUV bersaiz sederhana ini dibangunkan berdasarkan BMW X5 generasi F15. Vinfast Lux SA2.0 dipacu oleh enjin 4-silinder 2.0 liter N20B20 dari BMW dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan. Puncak kuasa mencapai 232 PS dan 350 Nm ini boleh diterjemah kepada pecutan 0-100 km/j dalam 9.1 saat.

VinFast langkau Malaysia, bakal masuk ke pasaran Indonesia terlebih dahulu? 02

Model yang didaftarkan Vinfast

Model kedua adalah Vinfast Lux A 2.0. Nama sedan ini mungkin sedikit mengelirukan namun menurut Vinfast, huruf S pada Lux SA2.0 merujuk kepada model SUV. Ia mencerminkan spesifikasi trenkuasa ‘kembar’ SUV dan juga dibangunkan berdasarkan model BMW 5 Series generasi F10.

Kedua-dua model premium ini direka oleh Pininfarina serta dibangunkan dengan kerjasama daripada BMW dan Magna Steyr.

VinFast langkau Malaysia, bakal masuk ke pasaran Indonesia terlebih dahulu? 03

Model kereta elektrik

Perkembangan yang lebih menarik adalah Vinfast juga telah mendaftarkan model kereta elektrik untuk Indonesia. Berdasarkan pemerhatian, model yang akan dibawa ke sana adalah Vinfast VF e35, model kereta elektrik kompak baharu.

VinFast langkau Malaysia, bakal masuk ke pasaran Indonesia terlebih dahulu? 04

VinFast VF e35

Sebelum ini kereta elektrik pertama VinFast VF e34 untuk pasaran massa  telah ditempah sebanyak 25,000 unit selepas pelancarannya. VinFast dilihat lebih terkehadapan dengan komitmen untuk model-model elektrik yang mesra alam.

Baca: VinFast VF e34 - kereta elektrik pertama buatan Vietnam, waranti 10 tahun!

VinFast langkau Malaysia, bakal masuk ke pasaran Indonesia terlebih dahulu? 05

Vinfast VF e34

Sebelum Indonesia, Vinfast mengumumkan sasaran pasaran model SUV dan kereta elektrik ke Amerika, Eropah dan Rusia. Terbaru, Vinfast telah membangunkan pusat kajian dan penyelidikan (R&D) yang bertempat di Australia, mengambil pekerja berpengalaman dari jenama automotif seperti Holden, Toyota dan Ford.

Baca: Jauh mendahului Malaysia, VinFast akan lancar EV mereka di AS & Eropah pada 2022

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda